Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya perlu ucap terima kasih kpd anda kerana saya memang rasa berterima kasih kepada anda. Saya bersyukur kepada Tuhan atas Dia biar saya adanya anda. Tapi saya berterima kasih kpd anda juga kerana ego anda begitu kurang. Sebab itulah anda boleh bekerja dgn rendah diri Tetapi sekali-sekala ego anda meninggi, dah tentu, dan saya akan menyekatnya. Tetapi apabila saya betulkan anda, ini tak bermakna saya tidak kasihi anda, hanya cara kasih sayang yang lain. Kasih sayang ada banyak aspek, banyak segi, banyak tindakan untuk dibuat, untuk dijaga, sama seperti sebarang kerja yang lain.Kasih sayang biasanya ialah sifat tabii tetapi oleh sebab dunia ini ada begitu banyak pengaruh buruk, ia buat minda anda menyimpang. Bukan roh anda, minda anda menyimpang. Jadi saya perlu sentiasa berhati-hati, memerhatikan, memeriksa dan membetulkan anda. Jika saya menyakiti ego anda dengan sesuatu cara, maafkanlah saya. Saya Guru anda, saya perlu. Saya tak nak kerana ini bermakna menyinggung perasaan orang dan mungkin mereka tidak kasihi kita lagi, tetapi saya terpaksa. Saya tak boleh manjakan anda, dan menipu anda atau bercakap manis, biarkan anda berada dalam kegelapan dan anda terus membuat perbuatan yang memudaratkan diri atau malah pemikiran yang memudaratkan anda. Apa-apa yang memudaratkan anda, saya perlu sentiasa memerhatikan dan cuba hentikan untuk anda.Kadangkala mungkin rasa menyakitkan – hanya ego yang rasa sakit. Roh sentiasa suci dan murni. Tiada apa-apa yang boleh sentuhnya, tiada apa-apa yang boleh menyinggung perasaannya, tiada apa-apa yg boleh melenturkannya, tiada apa-apa yang boleh ubahnya. Tetapi minda menyusahkan. Begitu banyak karma datang daripada ego kerana ego sentiasa buat anda terasa macam, “Aku ialah ini. Aku ialah itu. Aku berbakat. Aku pandai, Aku istimewa.” Kemudian buat perkara dengan tidak mengikut standard mulia. Kemudian jika anda teruskan macam itu, anda akan turun ke bawah.Meskipun saya menaikkan anda, contohnya, ke Peringkat Keempat, mungkin anda jatuh semula ke Peringkat Ketiga rendah. Anda perlukan masa yang jauh lebih panjang untuk menaik ke atas semula. Jadi sentiasa berhati-hatilah dengan pertuturan, pemikiran dan perbuatan anda. Pertuturan, pemikiran, perbuatan – sentiasa perlu suci dan tidak mementingkan diri. Maka anda tiada apa-apa yang nak dirisaukan. Tiada syaitan yang dapat dekati anda, apalagi masuk ke dalam mimpi anda, merasuk anda atau pengaruhi anda dgn sebarang cara. Jagalah kesucian anda. Sentiasa ingat akan Tuhan, dan Hadiah yang saya sendiri berikan kepada anda dengan Kuasa saya sendiri, dan Nama-nama Suci yang saya ajarkan kepada anda pun, dengan Kuasa saya sendiri juga. Tanpa Kuasa ini, ia tak berguna. Itu sama seperti jika saya asyik beritahu anda, “Kek, kek. Biskut, biskut,” tetapi tidak berikannya kepada anda.Sebab itulah orang seperti Trần Tâm ingat dia boleh hanya mengulang apa yang saya katakan, tetapi dia tak tahu apa-apa pun. Dia langsung tidak berkuasa. Dia akan pergi terus ke neraka kerana tidak dengar kata-kata saya dan tidak cuba bertaubat dan hentikan kejahatannya. Itu satu-satunya jalan yg akan dia ikut – neraka – akan tinggal bersama syaitan dan lakukan segala perbuatan jahat. Jika tidak, dia akan dihukum oleh raja syaitan, oleh raja neraka di bawah sana jika dia tidak dengar dan akan menjadi hamba mereka. Kemudian dia akan mati, akan dihukum, akan diseksa, akan dipenjarakan di dalam sel gelap selama-lamanya. Sebarang jenis hukuman – bergantung kepada apa yang dibuatnya yang menyinggung perasaan raja neraka. Mereka malah mungkin makannya jika dia tidak dapat diajar. Macam itulah.Bukanlah anda bekerja untuk maya dan menjadi hamba mereka, buat apa-apa saja, kemudian mereka akan gembira memperlakukan anda dengan baik. Bukan macam itu. Kerana anda takkan tahu bagaimana anda tidak menyinggung perasaan mereka. Anda tak tahu. Anda tak tahu apa yang mereka tahu. Anda tak tahu akan peraturan mereka. Ia tidak sebagaimana yang anda fikirkan. Anda boleh sentiasa buat kesilapan, timbulkan kesusahan atau menyinggung perasaan mereka, maka mereka akan menghukum, menyeksa atau memakan anda. Maksud saya benar-benar makan anda. Itu bukan hukum Syurga. Hukum Syurga adalah beritahu mereka supaya tidak memakan orang dalam badan astral dan sebagainya. Tetapi mereka buat begitu. Mereka ada cita rasa itu dan suka akannya, dan kerana jenis banduan neraka ini langsung tidak layak untuk tinggal di neraka pun. Kerana orang, semasa berada di neraka, mungkin diampuni kemudiannya oleh Buddha yang turun ke sana, atau mana-mana Makhluk yang amat berbelas kasihan walaupun jarang. Tetapi mungkin mereka masih dapat diselamatkan. Tetapi orang-orang yang tidak sampai standard neraka pun itu tidak dapat diubah, tidak dapat dibetulkan, tidak dapat diperbaik, maka mereka sama ada hancurkan mereka menjadi debu atau makan mereka. Macam itulah.Dah tentu, Syurga takkan menghukum raja neraka atau mana-mana syaitan neraka di bawah sana kerana orang ini, kononnya orang, makhluk itu terlalu jahat, terlalu jahat, terlalu jahat. Tiada kemungkinan dia boleh diperhalus, dibersihkan dan menjadi manusia, orang-haiwan atau serangga pun semula. Tak berguna, jadi raja neraka atau Raja Maya boleh buat apa yang mereka mahu dengan jenis badan ini. Mereka makan mereka dan habislah anda Anda tak boleh keluar daripada sistem mereka dan hidup semula atau apa-apa pun sama sekali, atau lahir semula pun. Trần Tâm adalah salah satu daripada itu. (…) adalah salah satu daripada itu. Saya dapat bantu dia bebas dari neraka pun. Tetapi majlis neraka beritahu saya, “Dia kata dia bukan anak murid-Mu. Jadi Engkau tak boleh selamatkan dia sepenuhnya. Engkau tak boleh selamatkan rohnya.” Jadi saya hanya boleh selamatkan nyawanya. Pada asalnya, dia sepatutnya telah mati tetapi saya selamatkan nyawanya hingga kemudiannya – pada bila-bila Raja Maya memutuskan bahawa bantuan telah tamat mereka akan bawa dia ke bawah sana dan mengurung dia selama-lamanya atau makan dia.Jadi orang tak faham bahawa menjadi terkenal atau memperoleh wang adalah tidak begitu senang. Kemudian mereka penuh dengan nafsu untuk menjadi terkenal, dipuja, dihormati dan diberi wang untuk makan. Mereka ingat itu senang saja. Oh, tidak! Hanya kerana mereka tak nampak apa-apa pun, sebab itu berani berbuat demikian. Jika mereka benar-benar bermakrifat, mereka takkan berani kerana mereka akan nampak Syurga dan neraka serta bagaimana segalanya berfungsi di Alam Semesta. Jenis perbuatan sebegini yang mereka lakukan hanya boleh bawa mereka ke neraka tetapi mereka tak nampaknya kerana tidak bermakrifat.Guru bermakrifat tak berani berbuat demikian. Mereka meninggalkan segala-galanya hanya untuk menjaga kesucian diri, seperti anak murid Buddha, seperti biksu Buddha. Hari ini, biksu bukanlah biksu. Biksuni tak benar-benar ialah biksuni. Mereka boleh mengajar, boleh mengatakan perkara tetapi tiada sebarang kuasa kerana tak cukup suci. Dan Buddha tiada di sana untuk berikan kuasa kepada mereka.Dulu ketika Buddha masih hidup, pengemis pun masuk untuk dapatkan perlindungan Buddha. Hanya beberapa bulan saja, kemudian dia menjadi hebat. Dia malah dapat berjalan menembusi batu. Dia dapat pergi ke Syurga, melawat dan kembali semula, pergi ke neraka dan bantu orang lain, misalnya macam itu, serta berkumpul untuk berdoa dan gunakan kuasa mereka, gabungkannya untuk membantu, menyelamatkan ibu Maudgalyayana. Anda tahu akan itu dalam kitab Buddha, kisah itu. Setiap tahun, mereka masih meraikan itu. Setiap tahun, mereka meraikannya. Saya rasa pada bulan Julai. Mereka berdoa untuk nenek moyang, ibu bapa dan adik-beradik atau ahli keluarga yang sudah pergi secara fizikal dari dunia ini. Bulan itulah. Mereka akan pergi ke mana-mana tokong menawarkan benda kepada biksu dan biksuni, atau menawarkan wang kepada tokong untuk pembaikan, dan gunakan pahala itu untuk diberikan kepada ibu bapa, adik-beradik atau orang tersayang mereka yang sudah meninggal dunia, berharap mereka akan pergi ke Syurga. Itu datang daripada legenda tentang Maudgalyāyana dan ibu-Nya. Anda tahu akan kisah ini. Saya dah ceritakan kpd anda lama dahuluMinta maaf, terlalu banyak karma baru-baru ini. Terlalu banyak karma. Pada bila-bila saya buat rancangan baik atau menyemak rancangan anda, maka karma akan datang kepada saya. Kerana sesetengah orang berhubung dengan orang lain. Maya, dah tentu, kuasa negatif, ingin halang saya daripada berbuat demikian supaya ia tidak beri manfaat kepada dunia. Jenis karma itulah yang perlu saya tahan. Salah satu daripada jenis-jenis karma, bukan hanya satu saja. Jadi sesetengah rancangan, apabila sangat bermanfaat kepada dunia dan akan menyedarkan lebih banyak orang, maka mereka akan buat saya banyak menderita, ingin halang saya daripada berbuat demikian, atau seseorang yang bekerja dalam rancangan itu, atau seseorang yang kami paparkan dalam rancangan itu ada banyak karma yang berkaitan dengan orang lain di dunia luar, kerana semasa kami membuat rancangan, ada banyak orang yang muncul di dalamnya. Jika seseorang ada hubungan dengan orang lain di neraka, contohnya, maka saya perlu menjaga. Sebab itulah saya batuk, jatuh sakit, kadangkala tak dapat makan dan sebagainya. Tetapi saya dah biasa dengannya.Apabila saya kata ‘karma’ sementara saya bekerja untuk rancangan Supreme Master Television dan bahawa saya akan tanggung karma, itu tak seberapa saja berbanding dengan karma dunia yang besar pada umumnya. Apabila anda menyaksikan apa-apa pun rancangan itu, anda takkan mengambil karma kerana semuanya telah ditanggung dan diatur agar anda akan mendapat Berkat dan Rahmat saja, tiada karma. Tiada karma apabila anda menonton Supreme Master Television. Sebab itulah apabila anda menonton Supreme Master TV, anda, anak murid Tuhan, alami banyak pengalaman yang baik. Tiada karma yang perlu anda alami. Jadi jangan risau, teruslah menonton Supreme Master Television – anda dan kawan, orang tersayang anda, sesiapa saja, dan orang luar juga. Tiada masalah. Banyak orang-haiwan suka menonton Supreme Master Television. Mereka datang ke sekeliling kerana saya buka Supreme Master TV. Orang-burung dan orang-haiwan yang lain suka berada di sekeliling. Orang-tikus pun tak nak tinggalkan sana.Photo Caption: Keseronokan dan Kesakitan Wujud Bersama!