Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Mengikut biksu palsu, guru spiritual palsu, memuliakan mereka sebagai ‘Buddha’ dan sebagainya. Dengan melakukan itu, anda juga akan ada karma neraka selama-lamanya kerana anda menghina Buddha sebenar. Mereka hanya biasa saja, tidak berkuasa, buruk, berdosa dan berperingkat rendah sekali tetapi anda bandingkan mereka dengan Buddha, maka anda buat perbuatan berdosa besar sekali kpd diri dan memudaratkan diri. Saya bercakap benar. Saya tidak takut menyinggung perasaan sesiapa pun kerana jika saya menyinggung perasaan mereka, padan muka mereka juga kerana mereka tidak layak dipanggil sebagai Buddha. Tidak sama sekali! [...] Apa-apa pun, mereka hanya bayangkan atau nampak cahaya hijau Astral, kemudian ingat itu Cahaya Buddha. Tidak, tidak, tak begitu senang.Kerana jika begitu senang, Buddha telah menawan seluruh dunia ketika masih hidup. Saya akan sudah ada seluruh dunia sebagai anak murid, dalam tempoh dekad-dekad ini, tetapi saya tidak. Kerana saya terlalu tegas. Jika sesiapa tidak mematuhi rukun, saya benar-benar perlu suruh mereka pergi dari sini. Trần Tâm ialah salah satu drpd mereka. Dia telah melanggar rukun. Sebab itulah saya halau dia keluar. Kemudian dia keluar dan teruskan cara jahatnya, menyalahgunakan nama saya selama ini. Sebelumnya saya tak tahu kerana saya tidak bayangkan. Saya orang yang sangat naif. Saya tak dapat bayangkan kejahatan sebegini wujud, orang tak tahu malu sebegini wujud, menggelar diri sebagai pengganti saya. Siapa berikan gelaran itu kepada dia?Saya belum tahu saya ada mana-mana pengganti, hingga sekarang. Saya harap saya boleh ada separuh daripadanya, separuh drpd anak murid, separuh daripada pengganti, maka saya akan rasa lebih bangga. Jika saya ada seluruh pengganti sebenar, saya akan gembira, duduk-duduk saja. Saya akan bersara, keluar dan pergi melawat tempat-tempat, pergi menjadi pelancong atau pergi ke pergunungan Himalaya, tidak buat apa-apa pun, bermeditasi, menjaga diri sebaliknya.Sekarang ini, adanya gelaran Buddha, segala jenis gelaran Buddha yang diberikan kpd saya, saya tiada rumah pun. Saya tiada pembantu pun untuk bantu saya dengan makanan, contohnya. Oleh itu, jangan cemburui saya sebagai Buddha atau apa-apa seperti itu kerana saya hanya akan mendapat lebih banyak kesusahan. Saya tak mendapat apa-apa daripada beritahu anda bahawa saya ialah Buddha. Tetapi jika ini lebih banyak beri galakan kepada anda dalam kepercayaan, maka saya gembira. Saya tak berniat untuk mengumumkan itu kepada dunia, cuma Tuhan memaksa saya. Dah tiba masanya utk beritahu, jadi saya terpaksa. Memang macam itu. Tuhan ada di mana-mana saja, Buddha ada di mana-mana saja. Jadi jika saya berbohong,saya akan mati ngeri Saya akan pergi ke neraka. Sebanyak itu anda perlu tahu.Saya tidak mahukan sebarang untung atau apa-apa pun daripada dunia. Saya tidak mahukan apa-apa pun. Tuhan tahu akan itu. Saya hanya nak bantu anda, bebaskan anda kerana neraka… tiada kata-kata untuk gambarkannya. Anda kata ia mengerikan, dahsyat. Itu tak seberapa saja – tak cukup untuk gambarkan neraka. Bayangkan jika anda berada di dalam sel penjara yang sangat gelap dan pengawal penjara memukul anda siang dan malam, atau membakar anda secara berulangan. Bayangkan itu. Jadi sekurang-kurangnya itu 1% daripada gambaran neraka. Anda boleh lapar, boleh dahaga tetapi anda tiada apa-apa pun. Tiada sesiapa yang berikan apa-apa pun kepada anda. Jika seseorang ada kuasa ajaib, dapat masuk ke dalamnya, tetapi saya meraguinya. Di sesetengah neraka, anda boleh masuk tetapi tak boleh keluar lagi. Itu dipanggil ‘neraka tanpa henti’, Avīci. Ini bermaksud neraka tanpa henti, neraka selama-lamanya. Tiada sesiapa yang boleh keluar darinya dan tiada sesiapa yang boleh masuk.Katakan seseorang berkuasa ajaib sehebat Maudgalyayana, berkuasa ajaib sehebat Dia, dapat pergi berjumpa dengan ibu-Nya di neraka, meskipun orang itu berikan makanan kepada anda, ia akan menjadi arang yang bernyala,arang merah bernyala yang akan bakar badan anda dari lidah hingga ke bawah, mana-mana saja ia boleh pergi. Jadi anda akan dahaga, lapar tetapi tak dapat makan. Anda tak dapat berhenti berasa lapar dan dahaga.Bayangkan di dunia ini, apabila anda begitu lapar dan begitu dahaga tetapi tak dapat makan – bayangkan itu 10,000 kali ganda. Maka anda akan mengetahui penderitaan di neraka. Itu sesetengah neraka, belum kata lagi syaitan akan mencucuk, menyepit, menghempaskan, memotong, mengerat anda menjadi potongan, kemudian anda bercantum semula, kemudian mrk buat perbuatan yang sama sekali lagi: mengerat, memotong, melembing anda sekali lagi. Bayangkan semua itu. Jika anda sukai pemandangan itu, teruslah makan daging orang-haiwan, teruslah mengambil bahagian dlm pembunuhan makhluk tak berdosa seperti orang-lembu, -khinzir, -kambing, -anjing dan -kucing, entah siapa lagi, -ikan, -itik dan -ayam. Teruslah makan mereka supaya anda boleh pergi ke rumah, kediaman ‘kegemaran’ anda di neraka tanpa henti itu dan biar orang memperlakukan anda sebagaimana anda memperlakukan orang-haiwan. Ya Tuhan!Saya rasa mungkin dah cukup dengan kesedihan itu buat masa ini. Saya nak beritahu anda sesuatu yg baik yang pada asalnya saya maksudkan. Biasanya saya dah berhenti batuk, kemudian saya perlu membuat rancangan yang karmanya perlu saya tanggung – tanggung utk orang dlm rancangan itu, dan karma beri manfaat kepada semua makhluk melalui rancangan itu dll... Ah, saya tak dapat beritahu anda semuanya tentang keadaan kerja Supreme Master Television kami! Saya perlu lihat orang-haiwan dan penderitaan orang-haiwan menyakiti saya juga. Kemudian terlalu banyak rasa simpati, terlalu banyak bersatu dengan mereka dan saya batuk lagi. Tetapi tak terlalu teruk, sangat sedikit sekarang berbanding dgn sebelumnya. Menjadi Guru dan batuk, itu normal, itu terkenal.Ketika saya di salah sebuah ashram Guru Thakar Singh Ji, pembantu-Nya, seorang wanita, tanya saya, “Oh! Kamu belum batuk lagi ke?” Saya terkejut, mengapa dia tanya saya perkara sebegini? Sekarang saya tahu. Kita tak dapat berhenti belajar. Bukanlah oleh sebab kita ialah Guru, kita tidak belajar. Kita terus belajar kerana Alam Semesta ada begitu banyak perkara dan kesakitan. Kita tak dapat lari darinya. Bukan kerana kita tak tahu akan semua itu awal-awal lagi, cuma kita keluarkannya hanya apabila perlu. Bukanlah belajar, tetapi seperti mengeluarkan wang dari bank pada bila-bila perlu. Kita tidak bawa kesemua jutaan dolar yang banyak di dalam kocek sepanjang masa. Kita keluarkannya hanya apabila perlu, sebanyak yang kita perlukan.OK,saya akan beritahu anda perkara baik Saya maksudkan perkara baik di hutan rimba. Saya keluar untuk ambil gambar bunga baharu. Mungkin anda akan nampaknya tak lama lagi. Pada suatu hari, seminggu yang lalu, atau mungkin lebih seminggu yang lalu, saya nampak Matahari keluar dari dedaun. Bukan keluar, tetapi kita dapat lihat kadangkala Dia menampakkan diri di antara dedaun yang tebal di dalam hutan. Jadi saya masuk ke dalam untuk ambil kamera dan berkata, “Matahari, aku akan ambil gambar-Mu sekarang. Boleh Engkau tak bergerak atau menjadi besar, terang dan sebagainya untuk aku?” Kemudian Dia buat begitu. Kadangkala Dia buat begitu, kadangkala tidak. Saya hanya berniat untuk mengambil gambar kecerahannya. Saya harap Dia boleh tunjukkan diri seperti sebelumnya tetapi kali ini hanya kecerahan dan satu lapisan seperti pelangi bulat di sekeliling Matahari. Tetapi sesetengah gambar yg saya ambil, tiada Matahari. Saya hanya nampak butang, banyak butang pada gambar. Jika saya dapat carinya, saya akan biar mereka paparkannya pada skrin untuk anda lihat.Nota kapsyen Guru: “Mesej daripada Raja Matahari dalam ‘bahasa ibunda’”Hari ini, hari ini saja, oleh sebab Matahari betul-betul di depan saya, jadi saya menyambar kamera dan mengambil beberapa keping gambar. Sesetengahnya sangat terang, tidak seistimewa seperti sebelumnya, dengan banyak lingkaran pelangi di dalam Matahari dan di luar Matahari. Tetapi hanya Matahari, sangat terang dan satu lapisan kecerahan di luar Matahari, sama seperti lingkaran di sekeliling Matahari dengan cahaya cantik serta satu gambar dengan itu dan dengan banyak butang juga. Maksud saya benar-benar seperti butang yang kita jahit pada baju. Saya tanya Dia, “Mengapa begitu? Butang ini untuk apa?” Dia kata, “Itu bahasa Matahari istimewa, bahasa mudah, senyap kami. Kami tidak bercakap dengan kuat. Kadangkala kami gunakan gambar untuk bercakap.”“Permulaan mesej penuh kasih sayang daripada Raja MATAHARI, ‘butang’ mula terbentuk: ‘Diri Suci Berharga-Mu adalah selamat di dalam hutan terlindung ini, penuh dgn Berkat dan Kasih Sayang’”Banyak butang – banyak juga gambar yang ada butang. Hari ini, butang juga, butang juga datang dengan Matahari terang.“Sambungan mesej daripada Raja Matahari; butang yang lebih jelas”“Bahagian akhir mesej daripada Raja Matahari: ‘jangan risau’”Bayangkan itu. Ini tak pernah berlaku sebelumnya. Saya mengambil banyak gambar Matahari, kadangkala dengan pelangi yang cantik di sekelilingnya dan kecerahan atau tidak, atau sesetengahnya istimewa, seperti yang ada banyak bintang. Ketika Matahari berada di sekitar tingkap saya, ada banyak bintang, ketika Dia datang melawat saya semasa suluk saya di tempat lain, sebelum hutan rimba, ada tempat lain. Jadi kali ini ada begitu banyak butang.Ini kali pertama dalam hidup saya, saya mengambil gambar Matahari dengan butang keluar tetapi dengan jelas sekali. Kita dapat lihat itu butang. Tiada apa-apa yang lain lagi. Kita tak boleh tersilap menyangka itu apa-apa yang lain. “Butang ini untuk apa?” Dia berkata kepada saya, “Itu utk beritahu Engkau bahawa selamat Adalah selamat bagi Engkau di sini.” Itu saja, butang-butang itu. Jadi saya berfikir, “Oh, ya, dah tentu! Semasa kita memakai pakaian, kita butangkannya, maka kita selamat. Kita macam dilindungi daripada unsur-unsur cuaca.” Jadi saya amat berterima kasih kpd Dia. Raja Matahari yang begitu baik hati, orang yang begitu baik hati.Saya terlupa satu butiran sebelumnya semasa kita bercakap tentang Matahari – perbualan pertama saya dengan Raja. Saya tanya, “Matahari begitu panas macam itu, bagaimana engkau dapat melaluinya?” Dia kata, “Tidak, kami ada bahan untuk memelihara, membina pesawat terbang yang takkan terbakar. Kami ada teknik itu.” Itu apa yang dikatakan-Nya.Photo Caption: Terima Kasih Syurga dan Bumi kerana Kasihi Kami