Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Betapa Senangnya utk Menyelamatkan Diri Anda!! Bahagian 13 daripada 15

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sebelumnya saya terlupa beritahu anda atau mungkin sudah, saya tak ingat. Jadi saya akan beritahu anda hari ini. Ada terlalu banyak maklumat, saya terlupa satu. Tetapi saya begitu terkejut. Saya masih kagum melihat dan mengingati semua butang yang ditawarkan oleh Matahari kpd saya. Maksud saya banyaknya. Sesetengahnya sangat jelas di depan dan sesetengahnya kabur sikit di belakang tetapi semuanya sangat jelas. Di sana kita dapat lihat segala butang dan banyaknya. Daripada sinaran Matahari memancar keluar, seperti yang saya jangkakan, atau pelangi di sekeliling Matahari, saya nampak butang! Banyak butang. Butang yang memang sangat mengejutkan, sangat comel. Sama seperti butang yang kita jahit pada kot atau kardigan.

Kemudian satu lagi perkara saya nak beritahu anda… Oh, mereka semua sangat baik terhadap saya di sini! Pokok pun begitu baik. Saya tinggal di bawah pokok dan pokok di sana lawak betul. Apabila saya datang, itu waktu musim luruh tetapi dia tidak bertukar menjadi kuning atau coklat. Oleh sebab semua daun pokok di sekeliling telah bertukar jadi kuning dan coklat dan gugur, sehingga dia tak dapat mengekalkannya lagi baru dia menjadi yang terakhir. Itu yang ‘jantan’.

Nota kapsyen Guru: “Foto yang diambil menghadap ke atas, dari pangkal Pokok, walaupun ia kelihatan macam menegak, seseorang perlu pusingkannya secara mendatar untuk lihat kesan sebenarnya”

Sehingga semua daun pokok di sekeliling saya telah gugur, seluruh hutan menjadi hanya dahan saja dan tiada daun lagi baru dia dgn perlahan-lahan, pd masa itu, bertukar menjadi kuning, kemudian coklat, kemudian gugur. Dia pokok terakhir yg kehilangan daun. Tetapi dia bukan pokok terbesar di sini, bukan. Itu pokok yang lebih muda, pertengahan umur, mungkin kira-kira 30 dalam masa tahun kita jika kita bandingkan dgn hayat manusia, macam itu, pertengahan umur. Dia pokok terakhir yang daunnya gugur apabila semuanya yang lain di sekelilingnya, di sebelahnya, semua daun hutan sudah gugur. Seluruh hutan menjadi gondol, hanya dia masih kekal hijau, kemudiannya daun kuning, cerah, cantik, keemasan, masih di sana, melindungi saya, melindungi tempat saya.

“Semua ranting, dahan berpusing ke atas menjadi rata secara mendatar ke arah yang sama, tiada separuh daripada daun pun yang menyimpang daripada keseragaman itu!!”

Apa yang istimewa adalah terdapat pokok-pokok lain yang mirip dia dan jenis yang sama dengan dia tetapi daun mereka adalah normal, serupa, tetapi normal, sangat bebas, sangat normal, dahan dan daun bertumbuh ke semua arah. Tetapi pokok ini tidak. Pokok ini bertumbuh sebanyak yg boleh dan lurus seperti payung, rata. Payung tetap melengkung ke bawah, membuat macam semi bulatan. Tetapi pokok ini, semua dahannya hanya pada satu baris bersama di seluruh paras atas, hanya satu paras saja, dan semua dahan bertumbuh secara rata bersama macam itu. Semua daun berpusing ke atas, ke langit, semuanya rata dan kemas! Ya Tuhan! Seolah-olah seseorang telah menyeterika dahan dan daunnya. Jadi semuanya rata seperti kanopi, seperti kanopi yang diingini. Oh, cantiknya! Saya ambil beberapa keping gambar tetapi ia tak dapat tunjukkan seluruh realiti kepada anda. Tetapi jika anda lihatnya, semua daun rata dan beralih ke atas supaya seluruh pokok benar-benar seperti kanopi, dan dia tidak bertukar jadi kuning sebelum semuanya yang lain.

Dia kekal sama hingga saat paling akhir mungkin dlm hidupnya pd musim luruh untuk memastikan saya dilindungi. Jadi pada suatu hari, lama dahulu, saya beritahu dia, “Tak apa, awak boleh relaks sekarang. Matahari tak begitu panas lagi. Awak boleh relaks. Kemudian kembali pada tahun depan.” Kemudian secara perlahan-lahan dia bertukar menjadi kuning, coklat dan semua daun diterbangkan oleh angin pada saat paling akhir berbanding dengan semua pokok yg lain, besar, kecil, semak, segala-galanya, semua daun mereka gugur kecuali dia. Oh, saya amat tersentuh! Pada bila-bila saya boleh ingat, saya mendongak ke atas dan berkata, “Terima kasih. Cantiknya awak. Awak memang cantik.”

Mana boleh pokok menjadi begitu rata di bawah? Semuanya, seluruh pokok tidak berdaun kecuali bahagian atas. Ia seperti payung tetapi rata, benar-benar rata, macam seseorang menyeterikanya, arahkannya, melenturkannya atau buat sesuatu untuk buatnya rata sepenuhnya di bawah dan semua dahan, semua daun juga bertumbuh ke arah mendatar, di hujungnya melengkung sikit saja. Sama seperti payung, kanopi. Ia begitu cantik. Hanya untuk melindungi saya dan saya amat tersentuh. Saya tak tahu macam mana beritahu anda Saya tak tahu saya berapa wajar disanjung tetapi semua makhluk perlakukan saya dengan baik sekali.

Sekarang orang-burung, sesetengahnya sangat kecil tetapi satunya ialah raja kumpulan itu. Setiap pagi, awal pagi, dia berkhutbah kepada orangnya. Saya tak tahu berapa banyak orang di bawah dia atau rakyatnya tetapi dia berkhutbah dengan lama, sekurang-kurangnya setengah jam. Dia khutbahkan segala jenis perkara, sama seperti mana-mana pengkhutbah akan beritahu muridnya. Kemudian pada waktu senja apabila Matahari akan terbenam, dia berkhutbah kpd orangnya sekali lagi untuk buat mereka kekal bermoral dan ingati Tuhan. Tetapi dia bercakap dengan indah dan nyanyiannya begitu merdu. Dia bercakap macam bernyanyi tetapi semuanya tentang Dharma, semuanya tentang standard moral, semuanya tentang cuba menjadi baik, menjaga kesucian supaya kita boleh pergi ke tahap evolusi yang lebih tinggi.

Jadi bayangkan jika anda tinggal di dalam hutan macam itu. Dah tentu anda gembira. Dan semua udara dan daun yang cantik, banyak pokok yg berlainan di sekeliling. Ada pokok-pokok lain, jenis yang sama dengan pokok ini tetapi daun dan dahannya bertumbuh ke semua arah, tidak seperti yang ini – semuanya rata di bawah. Maksud saya di atas saya, di atas tempat saya diami. Ia tidak besar, mungkin berlilitan lebih kurang lima meter. Ia begitu sempurna, macam ia dipotong, dicantas untuk menjadi berbentuk bulat macam itu, dan semuanya rata di bawah, macam seseorang mencantasnya dan arahkan semua daun supaya menghadap ke atas dan rata bersama, seolah-olah ia dibuat orang. Saya masih terkejut. Kemudian kita dapat dengar orang-burung mengajar macam itu setiap hari. Jika anda memahami bahasa orang-burung, maka setiap hari dia juga akan mengajar anda, maka anda juga akan menjadi insan yang baik.

Ada begitu banyak ketakjuban di sekitar planet kita, dlm alam semula jadi. Malangnya semua orang cuba bunuhnya. Ya Tuhan, kita begitu bertuah dilahirkan sebagai manusia di alam yang begitu indah di sini. Banyak planet tidak seindah yang ini. Banyak planet belum ditemui oleh dunia, kecuali Marikh dan Bulan. Ada banyak planet yang lain. Sesetengahnya lebih indah, sesetengahnya kurang indah, sesetengahnya langsung tidak seindah yang ini. Dan begitu banyak makhluk cuba melindungi kita.

Dan begitu banyak Santo bantu kita berdoa dengan Doa Paling Berkuasa. Apabila Syurga berkata bahawa dunia belum binasa kerana banyak Santo berdoa, mereka maksudkan Santo pada masa lalu tetapi mereka juga maksudkan anda, anak murid Tuhan saya. Mereka panggil anda sebagai santo kerana banyak daripada anda ialah santo. Saya telah beritahu anda lebih 60% daripada anak murid Tuhan saya berada di peringkat yang lebih tinggi. Hanya 40, 30 lebih peratus, hanya kata 40% tidak. Tetapi mereka juga semakin bertambah baik. Lambat sikit, 40% adalah lambat, lebih lambat menaik ke atas tetapi tetap menaik dan saya begitu gembira.

Banyak daripada anda sudah di Peringkat Kelima, dan jauh lebih banyak lagi di Peringkat Keempat. Sebab itulah anda ada begitu banyak visi dalaman yang indah dan beri pemahaman mendalam semasa bermeditasi atau semasa tidak bermeditasi pun. Jadi banyak rahsia Syurga didedahkan kepada anda dan banyak perkara saya ajar anda secara peribadi di dalam. Kata-kata di luar hanya 30 lebih peratus daripada sifat spiritual tetapi ajaran dalaman adalah 70%. Anda tahu akan itu.

Saya gembira dgn Syurga menerima anda sebagai makhluk peringkat tinggi dan memanggil anda sebagai santo kerana anda bermeditasi setiap hari, sekurang-kurangnya satu jam untuk bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa, berterima kasih kepada Anak Tuhan serta berterima kasih kpd semua Santo dan Orang Suci, Wakil Tuhan. Jadi Mereka panggil anda sebagai santo. Saya begitu bangga dengan anda dan ingin ucapkan terima kasih kpd anda,

juga seesiapa saja yang bantu dengan Supreme Master Television untuk menyebarkan Kebenaran ke seluruh dunia dan gunakan tenaga murni yang diterapkan ke dalam rancangan, ke dalam siaran Supreme Master Television ini untuk membersihkan dunia sebanyak mungkin, melindungi orang sebanyak mungkin. Saya berterima kasih kepada anda atas semua itu kerana jika saya berseorangan, saya tak dapat lakukannya. Saya berterima kasih kepada anda semua dan Tuhan pasti berkati anda. Anda tahu akan itu.

Saya senang hati dengan anda tidak angkuh dan megah dengan apa yang anda buat. Kadangkala saya juga takut nak memuji anda kerana saya khuatir ego anda akan meninggi. Tapi tolong kawalnya, tolaknya ke bawah, berkata, “Ini bukan saya tetapi Tuhan yang berkati diri saya, berikan kebijaksanaan dan bakat kepada saya untuk melakukannya.” Dan bersyukur kpd Tuhan sepanjang hari pada bila-bila saja anda ingat. Bersyukur kepada Tuhan atas segalanya yang anda ada atau tiada kerana kadangkala sesetengah benda tidak baik untuk anda. Jadi jika anda tiadanya, ia baik untuk anda juga. Jadi bersyukur kepada Tuhan kerana mengatur segala-galanya dgn sempurna.

Bersyukur kpd Tuhan sepanjang masa. Jangan sesekali anggap itu jasa anda bagi apa-apa pun yang anda buat atau apa-apa pun yang anda capai, apa-apa pun yang anda terima, apa-apa pun yang anda jelmakan, di dalam atau di luar. Sentiasa ingat akan Rahmat Tuhan. Tapi saya perlu berterima kasih kpd anda kerana saya memang rasa berterima kasih kepada anda. Saya bersyukur kepada Tuhan atas Dia biar saya adanya anda. Tapi saya berterima kasih kpd anda juga kerana ego anda begitu kurang. Sebab itulah anda boleh bekerja dgn rendah diri. Tetapi sekali-sekala ego anda meninggi, dah tentu, dan saya akan menyekatnya. Tetapi apabila saya betulkan anda, ini tak bermakna saya tidak kasihi anda, hanya cara kasih sayang yang lain. Kasih sayang ada banyak aspek, banyak segi, banyak tindakan untuk dibuat, untuk dijaga, sama seperti sebarang kerja yang lain.

Photo Caption: Menerangi Dunia dengan Apa yang Boleh

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (13/15)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-19
4375 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-20
3215 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-21
2840 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-22
2785 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-23
2635 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-24
2729 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-25
2554 Tontonan
8
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-26
2482 Tontonan
9
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-27
2442 Tontonan
10
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-28
2333 Tontonan
11
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-29
2318 Tontonan
12
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-30
2160 Tontonan
13
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-01
2182 Tontonan
14
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-02
2173 Tontonan
15
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-03
2305 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-17
342 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2025-07-17
89 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-17
372 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-16
1 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2025-07-16
1 Tontonan
Gaya Hidup Sihat
2025-07-16
2 Tontonan
Sains dan Kerohanian
2025-07-16
1 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-16
654 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android