Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, perbualan menjadi lebih mendalam apabila mesej keluarga spiritual global, khidmat dan kerjasama dikongsi dan Mahaguru Ching Hai membalas dengan kebijaksanaan, kemurahan hati dan rasa humor ikhlas.(Terdapat juga mesej yang Baaba suruh kami sampaikan.) Ya? (Beliau beritahu kami bahawa…) Kamu katalah di sini supaya semua orang dapat dengar. Okey, kerana mereka duduk jauh sangat. (Baiklah.) (Terdapat juga satu lagi mesej yang Baaba suruh kami sampaikan. Beliau beritahu kami bahawa di jalan spiritual, semua pengikut di seluruh dunia, pengikut sebenar, membuat satu keluarga tunggal.) Ya, ya, benar. (Jadi Beliau beritahu kami bahawa ada banyak yang boleh kita tukar-tukar terutama antara Pusat Meditasi Mahaguru Ching Hai dan Yayasan Sserulanda. Di yayasan kami, Bambi Baaba cuba sedaya upaya untuk membina asasnya. Sebenarnya, Beliau berkata bahawa Beliau telah membeli tanah dan akan memperluasnya untuk pengamal yang akan datang, mencari jalan untuk membersihkan tanah. Bagi itu, dah tentu perlukan banyak infrastruktur, sosio-infrastruktur, sosio-aktiviti, aktiviti ekonomi. Jadi kami sudah mulakan beberapa projek seperti projek pisang ini. Di yayasan kami, kami juga ada lapisan tanah liat yang sangat besar yang boleh dibuat jadi barang yg cantik...) Pot dan sebagainya. (Ya.) Tembikar. (Ya, tembikar, seramik, genting, bata. Kami juga ada ubat herba yang banyak di yayasan kami. Sebenarnya kami ada…) Herba. (Ya, herba yang boleh dibuat ubat.) Ya. (Saya rasa kami mengeluarkan kira-kira empat atau lima jenis ubat. Kami ada, dah tentu, pertanian. Kami juga ada ubat, industri tanah liat.Beliau beritahu kami bahawa oleh sebab Guru berada di apa yang kita panggil negara bertamadun atau maju, Guru ada orang yang mahir.) Itu apa yang difikirkan-Nya. (Ya.) Mereka mahir dalam makan dan mengikut saya macam kanak-kanak. Kamu telah sendiri nampaknya. Jika kamu pergi dari sini, pisang ini takkan tahan satu saat pun. Kita tak perlu mengukusnya. Tak cukup masa untuk mengukus. Kamu mahu saya tunjukkan kpd kamu? Hilang dengan serta-merta. Jadi apa sekarang? Kamu menaruh segala harapan pada semua pemakan ini. Baiklah. Saya rasa kamu ada begitu banyak ilusi tentang orang Taiwan (Formosa).Kemudian apa pula? Kita akan bercakap tentang itu apabila kita pergi ke sana. Okey? (Okey.) Lihat apa yang boleh kita buat. Okey? (Beliau cadangkan sama ada Guru boleh bertukar-tukar.) Tak perlu bertukar-tukar. (Atau ada…) Kami bantu kamu dgn apa-apa saja boleh. Kami tak perlukan apa-apa pun. Jadi tak perlu bertukar-tukar apa-apa. (Okey.) (Di yayasan kami, kami perlukan doktor perubatan. Kami perlukan orang yang mahir dalam industri tanah liat, pembinaan, pertanian. Jadi (Oh, wau!) saya diberitahu sama ada boleh bincangkan projek sebegini juga.) Pasti boleh. (Ya.) Apa-apa saja yang kami boleh. (Jadi kita memperkukuh keluarga spiritual kita.) Apa-apa saja yang boleh, kami akan bantu kamu. Okey? (Okey.) Kami akan lihat apa-apa saja yang kamu perlukan di sana dan berapa banyak orang ingin pergi. Jika mereka nak pergi ke sana, boleh. Oleh sebab kami tak perlukan apa pun, jadi tak perlu bertukar-tukar – jadi ini bukan perniagaan.Ini bukan perniagaan di mana kita perlu bertukar-tukar atau apa-apa. Tidak sama sekali. Jika sesiapa perlukan bantuan di sesuatu tempat, maka dah tentu kami bantu dengan apa-apa saja yang boleh. Tak perlu bercakap tentang kewajipan, apa-apa pun. (Tetapi Beliau berkata…) Saya dah rasa saya harus bantu kamu. Jangan risau. (Terima kasih banyak-banyak.) (Tetapi Beliau berkata tentang pertukaran. Katakan apabila kita, contohnya, mengeluarkan banyak hasil pertanian – kerana kita ada tanah yang sangat subur – jadi Beliau berkata pertukaran dari segi kita boleh mengeksport (Oh! Saya faham.) ya, sesetengah daripada…) Kamu tanya orang yang tak betul.Kami hanya tahu bagaimana makan makanan ini. Apa-apa yang kamu bawa, mereka makan bersama kulitnya, mentah, tak perlu dikukus. (Ya.) Ya. Kami tak begitu pandai dalam perkara ini. Tetapi apa-apa yang boleh kami lakukan untuk bantu kamu mengembangkan bakat kamu sendiri, kami akan cuba lakukan. (Terima kasih banyak-banyak.) Kerana kami tak perlukan apa-apa pun. Jadi di mana-mana kami boleh bantu, kami boleh bantu kamu juga. Jadi tiada masalah. (Terima kasih banyak-banyak.)Pusat meditasi kami – kami tak begitu ghairah dan aktif seperti pusat kamu. Kamu ada begitu banyak impian, rancangan baik dan sebagainya. Kami tiada jenis perbincangan ini di pusat kami. Kami tak berfikir nak mengembangkan pertanian atau apa-apa seperti itu. Mungkin kerana kami hidup dalam latar yang berbeza (Ya.) di mana kami ada banyak dan kehidupan lebih senang. (Ya.) Jadi kami memandang ringannya. Kami tidak bercucuk tanam. Kami menanam pokok dan sebagainya hanya untuk tujuan apabila orang datang, (Ya.) mereka ada tempat teduh. Kami juga menjalankan pertanian – saya rasa lebih atau kurang untuk pertunjukan daripada untuk makan kerana mereka makan lebih banyak daripada yang mereka hasilkan. Mereka minta supaya ambil makanan sebelum mereka dapat menghasilkan satu pisang (Ya.) atau satu kentang. Oh, itu kerja yang banyak! Itu kerja yang banyak untuk pergi ke pasar raya bagi membeli makanan untuk mereka supaya mereka boleh tanam kacang tanah.Kamu tak tahu anak murid kami. Bakat mereka memang dalam pemakanan. Mula-mula sekali, mereka cari alasan. Mereka kata, “Oh! Guru sudah berkati makanan ini. Kita perlu makannya. Jika tidak... Itu makanan yang diberkati.” Kemudian apabila Guru tiada di sana, mereka sendiri berkati makanan. Di banyak pusat meditasi, lagi menarik. Saya akan beritahu kamu apa yg mereka buat – sangat terurus, memang. (Ya.) Contohnya di Amerika, (Ya.) anak murid, setiap minggu, mereka datang untuk meditasi berkumpulan. Mereka sendiri berkumpul di rumah sewa atau sesuatu tempat. Mereka sendiri berkumpul dan bermeditasi. Tetapi mereka pelajarinya dari Taiwan (Formosa). Kamu tahu tak? Sebelum mereka masuk, (Ya.) sebakul besar gula-gula (vegan), buah-buahan dan kuih (vegan) diletak di depan foto saya. Kemudian mereka kata, “Guru, berkatilah ini.” Kemudian selepas meditasi, mereka kata, “Okey, mari sini, Guru sudah berkati makanan ini.” Setiap orang – dua atau tiga paket. Jadi sebab itu saya tak pernah ada masa untuk pergi ke Afrika. Saya terlalu sibuk berkati makanan di seluruh dunia.Kamu tak tahu anak murid saya. Kurangkanlah ilusimu, maka kehidupanmu akan menjadi lebih tenang dan ada kekecewaan yang kurang. Saya telah belajar untuk hidup dgn ini. Jika kamu tak percaya, dapatkanlah mana-mana daripada mereka dan tanya mereka apa pengkhususan mereka? Mereka akan beritahu kamu. Mereka sepatutnya datang ke sini untuk bantu saya dengan lawatan khutbah tetapi mereka bantu dengan sepenuh hati dengan semua bakul berisi buah-buahan dan gula-gula (vegan). Mereka bergegas ke mana-mana saja ada makanan. Kamu tak tahu. Kurangkanlah ilusimu. Kerana semua anak murid saya sudah menjadi Buddha. Jadi mereka tak tahu apa itu kerja. Mereka sudah meninggalkan kerja. Mereka tinggalkan semuanya kpd saya. Saya satu-satunya orang yang bekerja kerana mereka semua telah menjadi Buddha. Kamu tak tahu anak murid kami. Kamu harus pergi ke Taiwan (Formosa) dan tinggal di sana untuk seketika, kemudian kamu akan gembira untuk pulang ke rumah dan sendiri menanam pisang. Kerana adalah lebih pantas bergantung pada diri sendiri daripada pergi bercakap dengan semua orang yang hanya menunggu pisang tetapi tak tahu bagaimana menanamnya ini.Ya Tuhan, kamu tak tahu. Tahun lalu – bukan, tahun sebelumnya, mungkin tiga, empat tahun yang lalu – saya juga sangat ghairah dengan segala perbincangan tentang pertanian ini, “mari kita buat sesuatu untuk tanah,” “mari kita curahkan tenaga kerja, titik peluh dahi kita,” segala jenis perkara ini, dan “mari kita tanam sesuatu.” Jadi kami mulakan dengan tembikai dan keladi, seperti kentang, ubi keledek. Kami buat dengan baik. Kami membajak tanah, menanam tanaman dan menyiramnya. Kadangkala jika saya ada di sana, mereka menyiramnya sampai mati. Jika saya tiada di sana, mereka tidak berikan satu titis pun. Di penghujung lawatan khutbah saya, saya pulang. Kami ada tembikai, okey, tetapi saiz itu. Kamu tanyalah mereka. Kami mengorek ubi keledek tetapi hanya nampak dawai dan akar, sebesar itu saja. Itu apa yang mereka lakukan. Mereka menanam dengan banyak tetapi tidak pedulikannya. Jadi kemudiannya saya berfikir, okey, oleh sebab saya tiada di sana, mesti lebih terurus, biar mereka bebas menanam apa yang mereka mahu dan bukan saya tetapkan apa yang nak ditanam. Okey, jadi saya kata, “Baiklah, tanam apa yang kamu mahu tetapi setiap orang satu atau dua meter persegi, macam itu, dan menanam itu.” Ya. Okey, betul? Mereka mengambil serius kerja mereka. Semua orang mengambil cangkul membajak dan entah apa lagi. Mereka malah minta daripada saya beberapa ribu dolar untuk mesin kerbau, mereka panggilnya. Mereka panggilnya ‘mesin kerbau’. (‘Mesin kerbau’.) Itu bermaksud ‘mesin kerbau’. Ya, baiklah, saya berikannya kpd mereka. Saya malah menunjukkan contoh. Saya membajak beberapa baris pertama hanya untuk gambar, biar mereka tahu apa yang nak dibuat. Baiklah, segalanya dilakukan.Kemudian kamu tahu tak? Mereka semua tanam kacang tanah kerana ia paling senang. Semua orang saling bercakap bahawa ia tak perlukan air, tak perlu dijaga, apa-apa pun. Mereka gunakan kebebasan mereka hanya untuk menanam kacang tanah di semua bidang tanah. Tanih yang berbeza, kualiti yang berbeza, mereka tak peduli. Kacang tanah untuk semuanya. Ya Tuhan. Kemudian kami memang ada beberapa biji kacang tanah, okey, tetapi itu saja yang ada. Kemudian mesin kerbau alami ‘selesema’. Dia alami ‘selesema’ selepas musim sejuk yang dingin. Mereka biarkannya terbaring di luar dengan angin, matahari, fros dan taufan. (Oh!) Dah tentu dia alami ‘selesema’ – malaria serius dan entah apa lagi. Kemudian dia terbaring di sana. Dia tak bergerak lagi. Kita tak dapat tolaknya pun kerana dia dah mati. Kemudian mereka cuba bawanya pergi jumpa doktor tetapi tidak melakukannya. Mereka hanya cuba. Mereka nak bawanya pergi jumpa doktor tetapi tidak melakukannya. Jadi mesin itu menjadi makin hari makin sakit. Apabila saya pulang ke rumah, hanya tinggal rangka tulang, tiada apa-apa lagi. Itu sejarah pertanian kami. Jadi jangan kamu sesekali terlalu banyak bergantung pada mereka. Fikiranmu terlalu murni. Orang Afrika – kamu tak tahu orang Taiwan (Formosa). Ya Tuhan.Tetapi sesetengah daripada mereka kadangkala menanam dengan baik sekali. Hanya satu atau dua daripada mereka benar-benar ialah petani sebelum datang. Mereka menanam dengan baik sekali. Mereka tanam kacang dan sebagainya – sangat panjang dan besar. Tetapi yang selebihnya hanya lakukannya untuk gambar, hanya kerana Guru berkata kita perlu lakukannya, jadi mrk lakukannya. Jadi mereka semua tanam kacang tanah bersama. Apabila saya kata, “Mengapa semuanya kacang tanah?” Kemudian mereka semua tanam tebu. Apa-apa yang senang, mereka... Nampaknya mereka saling belajar dengan cepat sekali tetapi tidak belajar daripada saya. Jadi kacang tanah – semuanya kacang tanah; atau tebu – semuanya tebu. Kamu tahu tak? Mereka buka semua pintu pagar dan semua orang-kambing dari jiran datang habis makan semua tebu sebelum ia bertumbuh. Ia bertumbuh kira-kira sebesar itu saja, sangat manis dan lembut, dan orang-kambing suka akannya. Mereka melawat setiap hari. Mereka membuat diri seperti di rumah di ladang tebu kami. Selepas beberapa hari, tiada lagi. Itu sejarah pusat meditasi kami, para biksu yang cuba menjadi petani. Mereka banyak berkata, “Wau, kita akan makan sayuran kita sendiri. Kita akan ada kacang tanah sendiri – lebih berkhasiat, dan tiada semburan, tiada racun. Jika kita ada lebih banyak hasil tuaian, kita boleh jualnya dan membuat duit, beli ini dan itu, dan sebagainya.” Ya Tuhan! Itu bagaimana mereka tipu saya ke dalam perniagaan.(Itu kisah yang sama bagi semua pusat spiritual.) Ya? Di tempat kamu juga? Oh, ya! (Lebih atau kurang sama.) Apabila mereka masuki pusat spiritual, mereka berfikir itu saja – mereka tinggal di sana selama-lamanya dan Tuhan perlu menjaga mereka. Tetapi betul juga fikiran mereka. Tuhan menjaga mereka macam mana pun dgn sesuatu cara. (Dgn sesuatu cara, ya.)Adakah kamu menggali perigi di tempatmu? Perigi? (Tidak.) Perigi air? (Itu ‘perigi’.) (Ya, di sana, tetapi tak begitu banyak di bahagian negara itu. Ada bahagian lain di negara itu…) Bukan di… (Di kawasan kami, tidak…) Di ashram spiritual kamu, kamu adanya tak, cukup? (Ada perigi tetapi tidak…) (Kami ada lubang gerek.) (Kami hanya gunakan lubang gerek.) Apa itu? (Pam air.) (Itu lubang khas yang mereka gunakan...) Oh, ya, ya, ya! (Mereka menggerudi lubang di tanah...) Oh, ya! Sama seperti… (...dan gunakan pam.) Ya. Itu cara baharu untuk melakukannya. Mereka cukup air tak?Lawak, huh? Mengapa hanya sebatang paip, kemudian mereka cukup air? Kamu mengepamnya ke dalam takungan air atau tidak? (Di sesetengah tempat, ia dpt dilakukan.) (Kami semua ada tangki besar ini.) Kamu ada tangki untuk air? Okey. Oh, kamu sangat terurus! (Tetapi lubang gerek, ada beberapanya saja. Ia perlu ada lebih banyak lagi.) Oh, ya, ya! (Perlukan lebih banyak…) Oh! Ini sangat senang untuk dibuat, kan? (Ya.) Tetapi secara teknikalnya, ini tak sentiasa dapat. (Tak sentiasa boleh didapati. Di seluruh negara Uganda, mereka gunakan satu saja. Biasanya itu sejenis kenderaan yang melakukan penggerudian.) Oh! Jadi kamu perlu tunggu. (Jadi kita perlu tunggu sehingga ia pergi dari daerah ke daerah…) Ya Tuhan! (...untuk membuat tangki.) Oh, ya. ya! Jadi meskipun kamu ada wang dan kakitangan... (Jika kita ada wang (Lebih cepat?) utk diberikan kpd mereka dan mereka tahu bahawa kita ada bahan, benda-benda yang berlainan, mereka sentiasa boleh datang dgn cepat.) (Ya, tetapi ini bolehlah perniagaan yang baik, miliki lori yang menggerudi ini, dan kita boleh (Memang.) jalankan perniagaan ini di banyak tempat di seluruh negara.) Berapa banyak wang diperlukan untuk membeli satu seperti itu? (Saya rasa orang Itali telah mencipta sesuatu yang sangat baik untuk itu.Di Itali, ada itu. Kita ada lori khas yang ada semua benda. Saya tak tahu akan faktanya. Kita perlu tinjau…) Boleh kamu tinjaunya dan biar saya tahu? (Ya, pasti.) Saya tak begitu mengkhusus dalam segala jenis bidang ini, tetapi hanya apabila orang mintanya dan perlu baru saya berminat untuk lihat apa paling baik, dan kalau-kalau kita perlu gunakannya untuk apa-apa.Kebanyakan orang yang datang untuk amalan spiritual sudah cukup menahan dunia ini. Oleh itu, kita tak boleh menyalahkan mereka tidak membuat kerja.Photo Caption: “Semua Zat Makanan Dibuat oleh Syurga Hanya untuk Anda!” (Semuanya yang ditunjukkan di sini tiada kesakitan)











