Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dalam episod ini, Mahaguru Ching Hai renungkan keikhlasan, kerendahan diri dan tali persaudaraan spiritual, dan semua orang dengar dengan penghargaan lagu puja yang dinyanyikan oleh Bambi Baaba dan anak murid-Nya.Tiada masalah dengan penangguhan atau apa-apa. Kenapa mereka begitu byk mohon maaf? Saya tidak harapkan sebarang resit atau apa-apa seperti itu. Kami tak kisah. Ya, kami tak begitu kisah. Kami perlu lakukannya melalui bank kerana diberitahu supaya buat begitu oleh seorang anak murid dalam kumpulanmu. Jika tidak, saya akan berikan saja – sebagaimana saya berikan kepada kamu. Kami tak kisah. Dah tentu, apabila itu jumlah yang sangat besar dan melibatkan pengetahuan awam, maka kita perlu lakukannya secara rasmi. Jika tidak, saya tak perlukan sebarang bukti itu. Sama ada mereka tangguhkannya atau tidak, saya dah lupa akannya sepenuhnya. Saya tak tahu bahawa saya telah hantar dua kali. Saya ingat sekali saja. Saya marahi anak murid saya kerana hantar terlalu sedikit.Oleh itu, saya perlu sendiri lakukannya. Saya minta saudara dari New York itu sekali lagi supaya berikan alamatnya dan saya masukkannya ke dalam beg tangan supaya tidak terlupa suruh anak murid hantar sekali lagi. Itu bagaimana saya beritahu dia dua minggu yang lalu supaya hantar tetapi mereka tetap tidak hantar. Macam mana pun, kami dalam lawatan khutbah, jadi urusan sentiasa bertimbun – banyak urusan. Jadi hari ini saya gembira dengan kamu datang supaya saya melepaskan beban apa yang perlu saya lakukan ini – saya telah lakukannya. Jika tidak, kita asyik memikirkannya dan ia ganggu kita. (Ya.) Jadi saya sangat gembira dengan kamu lepaskan beban daripada saya untuk seketika, dan terima kasih kepada Gurumu kerana mengutus kamu.Oh, mereka sangat aktif! Oh! Dia akan balik ke Amerika? (Dia akan melawat Amerika.) Bila? (Mungkin dalam masa seminggu dia akan pergi ke Amerika Syarikat.) Oh, macam tu! Tetapi dia akan kembali pada bulan Julai. (Ya.) Oh! Jadi tiada masalah. Baiklah, itu saja. Whoa! Saya tak pernah selesai baca surat yang begitu panjang dan pantas. Mereka sangat aktif dalam segalanya.Sekarang saya menerima undangan ini disebabkan oleh keadaan yang sangat luar biasa dan menakjubkan, tetapi barangkali saya akan bermimpikan rasa sesal malam ini – menyesal. Kerana saya tak suka buat perjalanan. Tapi tak apa – ke Afrika, mungkin, kerana saya tak pernah pergi ke sana sebelumnya. Selepas Jun, saya akan berehat untuk seketika. Kemudian Julai, saya akan rasa selesa utk buat perjalanan. Satu perjalanan saja, tak mengapa. Tidak bagai nak gila seperti ini. Saya rasa kamu sangat suka akan saya datang, benar, huh? Dengan ikhlas sekali. Kerana kamu tepuk tangan sepanjang masa dan tak rasa sakit.Gurumu, apa yang dikatakan-Nya secara khusus mengutus kamu ke sini? Benar ke untuk ini saja? (Beliau berkata, secara khusus – pada asalnya, Beliau ingin mengutus kami untuk dengan mesra dan lemah lembut meminta Guru supaya masukkan dalam lawatan khutbah dunia ini (Oh, macam tu!) suatu jadual untuk melawat Kota Ssessamirembe.) Oh, macam tu! (Tetapi kemudiannya Beliau berkata bahawa ini bergantung pada Guru.) Ya, faham. (Tapi sekurang-kurangnya jika Guru tak dapat datang kali ini sebelum pulang ke Taiwan (Formosa), mungkin Guru boleh datang pada bulan Julai.) Oh! Saya faham. Juga, saya faham. Ya, maka kami akan fikirkannya. Mungkin Guru dari jauh boleh mainkan muzik di Afrika dan keluarkan bunyi bising. Keluarkan lebih banyak lagi bunyi bising. Mungkin.Oh! Kami akan memikirkan itu. Sama ada sekarang atau pada bulan Julai. Tetapi jika bukan sekarang, jika kami tidak maklumi kamu apa-apa selepas Jun, maka dah tentu kami akan berada di sana pada bulan Julai. Oh! Tapi 7 Julai adalah sangat cepat kerana saya akan selesai pada sekitar bulan Jun – pada awal atau pertengahan bulan Jun. Jadi dua minggu saja, kemudian menjadi 7 Julai. Oh! Tak apa. Mungkin kami juga boleh masukkan itu bersama dengan perjalanan lawatan ini atau kami akan pergi pada kali yang lain. Baiklah, jadi jangan risau. Okey. Rasanya saya akan datang berjumpa dengan Gurumu satu kali disebabkan segala surat setiap minggu ini – ‘surat cinta’ – dan segala pisang yang kami terima. Kami akan rasa malu berkata tidak selepas makan semua pisang ini.Afiniti ini sangat manis, kuat dan berkembang sepenuhnya. (Jika Guru boleh benarkan juga, esok kami akan bawa rakaman suara-Nya yang kami ada dalam pita.) Oh, ya! Kamu ada bawa pita rakaman? (Lagu-Nya sendiri.) Oh! Ya? Beliau bernyanyi? (Ya.) Kita boleh letaknya di sini sekarang. Adakah kita adanya di sini, atau di mana? (Sini.) (Ya, saya adanya.) Oh! Kita boleh masukkan ke dalam ini dan semua orang dengar. (Ya, buatlah begitu.) Jika tidak, esok saya sangat sibuk – kamu tak tahu. (Ya.)Kamu begitu rendah diri. Ambil pita itu. Tetapi malam ini nasib baik saya ada masa. Sebab itulah saya ingin segera menerima kamu. Orang kata mungkin esok. Saya kata, “Tidak, tidak. Bawa mereka ke sini.” Saya tak tahu kamu datang begitu awal kerana saya rasa mungkin kemudiannya. Saya kata, “Tak apa, tidak kira berapa lewat pun, kerana esok saya akan tiada masa.” Adalah baik kamu datang. Jika tidak, saya akan berada di atas katil. Itu pengkhususan saya di rumah.Ya. Jadi ini pita daripada Guru in Africa itu. Beliau bernyanyi untuk saya. Terima kasih banyak-banyak. Oh! Orang Afrika sejati begitu berbudi pekerti, begitu beradab dan sangat mulia. Adakah kamu faham? (Ya.) Orang Afrika sejati sangat sopan, sangat baik hati. Saya beritahu mereka bhw orang Afrika sejati sangat anggun, sangat beradab dan mulia.Oh! Adakah itu bahasa Afrika? Suara siapa itu? Oh! Suara-Nya? (Itu Beliau, ya.) Begitu sedap didengari. Adakah itu Beliau bernyanyi? Mereka memanggil Ibu. Ibu Syurga. Kanak-kanak? Kanak-kanak bernyanyi? Kanak-kanak? Beliau bernyanyi? Tetapi masih tak dapat dengar suara-Nya. Bersama-sama? Bersama orang lain? Itu suara-Nya? Ya, Beliau bernyanyi? Oh! Beliau sangat menarik.Beliau nyanyikan lagu puja untuk saya. Beliau sendiri nyanyikannya untuk saya. Ia bermaksud ‘Ibu’. Mama ialah Ibu. Itu suara-Nya? Beliau berubah? Itu suara yang tak sama tetapi Orang yang sama. Gurumu bernyanyi tetapi mengubah suara-Nya kadangkala. Maaf. Oh! Ya? Beliau bernyanyi seperti kanak-kanak, suara itu, jadi saya ingat itu kanak-kanak.Dia baru beritahu saya bahawa Beliau tidak nyanyikan lagu puja macam ini kepada semua orang. Apabila Beliau buat begitu, itu hanya untuk seseorang yang sangat istimewa. Dia berkata bahawa Guru itu hanya bernyanyi kepada beberapa orang terpilih saja. Adakah Beliau menangis? Terasa macam Beliau menangis. Beliau sangat penuh emosi… tersentuh. Beliau bernyanyi dengan seluruh jiwa raga di sini. Merdunya. Suara yang begitu merdu. Ah, merdunya! Beliau ada suara yang merdu dan bernyanyi dengan sepenuh hati, memang mengharukan. Kedengaran memang merdu.Photo Caption: “Salah Satu Benda Cantik Tak Terkira yang Ada Kuasa Ajaib Penyembuhan! (Di Mana Lagi kecuali di Alam Vegan)”











