Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Akhiri Peperangan Tersembunyi Ini Maka Semua Peperangan akan Berakhir, Capai Keamanan Dunia Sebenar yang Berkekalan, Bahagian 8 drpd 9

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sekarang ini kita tak dapat bayar dengan tunai pun. Dulu saya biasa bawa tunai ke sana sini untuk diberikan kepada orang di jalanan atau beli barang daripada perniagaan kecil supaya ia dapat bertahan. Perniagaan kecil di jalanan tiada mesin untuk kad kredit. Pengemis di boulevard tiada akaun bank untuk menunaikan cek saya. Orang tak berumah hanya ada khemah untuk melindungi diri daripada angin dan matahari. Mana dapat saya berikan cek atau kad kredit kepada mereka utk ditunaikan? Tetapi sekarang ini, segalanya, hampir segalanya dilakukan secara digital. Jadi saya tiada wang tunai sekarang. Saya tak dapat belanjakan tunai sekarang walaupun saya adanya. Saya tak tahu bagaimana melakukan segala transaksi digital ini. Saya juga teragak-agak nak sentiasa berikan nama saya di mana-mana saja, ke dalam tangan sesiapa saja macam itu. Kehidupan menjadi semakin buruk bagi manusia.

Wang yang saya masukkan ke dlm bank ada sumbernya, seperti jika saya jual rumah atau ashram dan beli yang baharu. Saya ada sumbernya. Saya ada maklumat, segala-galanya. Tetapi dah bertahun-tahun dan saya tak ingat. Saya tiada sebarang dokumen pun. Jika anda suruh saya balik ke rumah lama ini, saya tak tahu bagaimana.

Saya tersesat banyak kali di Sepanyol, contohnya, kerana tak tahu bagaimana balik ke rumah saya. Saya ingat saya tahu tetapi saya lupa. Suatu kali, pemandu teksi malah halau saya keluar di tengah jalan kerana saya asyik menunjukkan jalan balik ke rumah yang tak betul. Dia ingat saya main permainan dengan dia dan saya malah perlu berada di jalanan pada waktu malam dan melambai kepada mana-mana kereta yang berlalu untuk menumpangkan saya. Kemudian saya perlu pergi ke sesuatu jenis pejabat untuk tanya, tunjukkan nama saya dan tanya, “Saya ada rumah di kawasan kamu sini. Tolong carinya untuk saya.” Akhirnya, saya dapat balik ke rumah. Tetapi banyak kali macam itu, bukan satu kali saja, pada bila-bila saja. Saya tak ingat pun sekarang sementara beritahu anda, di mana rumah saya, apa alamatnya, bandar tempat letaknya pun.

Saya juga tersesat banyak kali semasa pulang ke Hsihu. Saya tak dapat beritahu pemandu teksi bagaimana pergi ke sini, ke sana pun. Ya, anda tahu akan ceritanya. Anda tahu jiran yang perlu bawa saya pulang. Kerana kadangkala saya pulang dari lapangan terbang, sudah larut malam dan masa yang panjang. Nasib baik saya tahu seperti di Hsihu, contohnya, kadangkala di kawasan pergunungan, seperti di tempat kami diami, tiada alamat, tiada jalan, memang, jadi saya hanya tahu sekurangnya Hsihu. Kemudian kami asyik pergi ke sana sini dan saya tersesat, jadi satu kali sekurang-kurangnya, saya ternampak lampu di rumah yang saya tahu. Ini Hsihu sekurang-kurangnya, jadi saya masuk dan tanya dia. Kemudian dia dapat cam saya. Dia kata, “Oh! Saya akan bawa kamu pulang. Saya tahu di mana itu. Saya tahu akan Ashram Hsihu.” Jadi dia perlu bawa saya pulang. Ini berlaku beberapa kali macam itu. Saya sentiasa tersesat. Jika tiada orang yang datang jemput saya, saya akan tersesat. Biasanya kononnya anak murid Tuhan saya akan datang menjemput saya tetapi kadangkala dah terlalu lewat dan mereka tak jawab panggailan telefon, jadi saya terpaksa menaiki teksi. Teksi juga tak dapat carinya kerana tiada nama jalan, tiada alamat di kawasan pergunungan.

Begitu juga di Sepanyol, saya tersesat banyak kali. Semua rumah yang saya beli, bertukar dan adalah baharu semula. Saya sentiasa sesat semasa pergi ke sana kecuali seseorang memandu untuk saya. Mereka tahu akan jalannya. Kerana kadangkala saya pergi dengan begitu cepat dan tiada sebarang alamat pada saya. Itu masalahnya. Saya tidak simpan alamatnya dan sebagainya. Kadangkala saya simpannya di dalam buku, kemudian tinggalkannya di sesuatu tempat, kemudian tak dapat carinya, jadi saya sentiasa tersesat. Di Amerika juga, saya tersesat semasa pergi ke rumah sewa saya. Saya tak dapat balik ke rumah. Kemudian polis ternampak saya berpusing-pusing di dalam kereta, datang menghentikan saya. Saya perlu berkata, “Oh! Saya hanya berdiri di sini untuk seketika, menghirup udara segar dan akan balik ke rumah sekejap lagi.” Saya memandu pergi dari situ.

Di Perancis, saya memandu sebuah kereta British dan berada di jalan desa yang sangat besar. Saya tersesat juga. Saya tak tahu bagaimana balik ke rumah. Saya memandu ke sana sini dan polis datang berkata, “Apa yang kamu buat ini? Kamu tak boleh memandu di sebelah kiri. Kita di Perancis. Kamu perlu memandu di sebelah kanan.” Saya terlupa. Nasib baik itu jalan desa dan panjang selama-lamanya, jauh selama-lamanya. Saya tersesat juga. Saya tak ingat bgmn sampai di rumah. Agaknya saya menelefon seseorang di rumah dan beritahu mereka bahawa saya tersesat dan mereka gunakan GPS daripada telefon saya untuk cari saya.

Saya bukan pemandu yang begitu baik. Adalah baik saya tak memandu lagi dan tiada kereta lagi. Biasanya kereta, saya tak memandu. Saya memandu hanya ketika saya lebih muda dan berdekatan saja. Saya menandakan jalan dgn jelas sekali sebelum memandu keluar. Saya sangka saya akan ingat tetapi itu tak benar. Apabila saya keluar, jalannya berubah. Ia tak sama dengan semasa kita keluar. Ia berbeza apabila kita balik. Seperti jalan dua hala menjadi satu hala apabila kita balik di sebelah yang lain atau sesuatu macam itu. Saya tak dapat begitu pasti ke mana saya pergi.

Tetapi semua wang ini ada maklumatnya di bank kerana mereka memindahkan wang ke bank saya dan mereka akan kata ia dari mana. Jadi saya tak tahu mengapa bank tak dapat cari dari mana datangnya wang saya, menyusahkan saya, mengambil wang saya dan tidak benarkan saya berikannya pun sebagai derma kepada gereja dan tempat perlindungan orang-haiwan. Hilang sepenuhnya, mereka ambil wang saya. Itu lebih kurang empat atau lima juta dolar AS. Sekarang semuanya hilang dan saya tiada banyak wang tunai juga tetapi Tuhan akan menjaga saya kerana saya sentiasa berfikir macam itu. Mungkin oleh sebab saya tak begitu banyak makan garam, jadi Tuhan menjaga saya dengan baik, jadi saya masih baik-baik saja hingga kini. Jangan risau tentang saya. Tuhan menjaga. Saya perlu dengar. Jadi saya tak boleh keluar sebagaimana yang saya mahu. Saya perlu minta izin dan sama ada saya harus pergi atau tidak. Tetapi kadangkala karma dunia mengelabui saya juga, jadi saya alami kesusahan kadangkala.

Meskipun saya ada wang pada saya, itu bukan cuba mengelakkan cukai atau apa-apa. Ia untuk diberikan, suatu cara yg senang, seperti wang tunai lebih senang untuk diberikan kepada orang. Apabila mereka terbaring di jalanan, sakit dan dalam kecemasan macam itu, maka saya perlu bantu memanggil ambulans dan perlu bayar yuran waktu puncak mereka sepenuhnya. Saya tak boleh berikan cek dan berkata, “Jagalah dirimu, panggil ambulans.” Mereka tiada telefon pun, contohnya, dan tiada wang bagi membayar untuk hospital. Kadangkala mereka perlu ada jaminan untuk bayar dan saya perlu melakukan semua itu, contohnya.

Semua wang saya, meskipun saya simpan untuk diri sendiri, pada diri saya, ia tak pernah dengan niat jahat. Ia sentiasa untuk tujuan baik. Tapi dah tentu, saya tak dapat jelaskan semua ini di mana-mana saja. Bank itu dah kenali saya selama banyak dekad pun, tetap menyusahkan saya. Saya tidak memahami dunia ini. Bukan senang nak hidup di dunia ini.

Hari ini, meskipun kita nak pergi ke sesuatu tempat, kita perlu beli tiket. Kita tak boleh bayar dgn wang tunai lagi. Kita perlu menempah dalam talian dulu. Saya takkan tahu ke mana nama saya pergi dan siapa akan lihat nama saya, contohnya. Hari ini, kita tak boleh pergi ke mana-mana dengan pengecualian visa. Kita ada banyak negara sekarang yang buatnya sukar. Kita perlu minta kemasukan terlebih dahulu. Kita malah perlu bayar cukai untuk percutian. Ya Tuhan, kita bekerja sepanjang tahun, simpan sedikit wang untuk pergi bercuti, kemudian apabila sampai di negara itu, kita perlu bayar cukai untuk sedikit keseronokan juga – dua minggu atau sesuatu – terlebih dahulu. Mungkin wang itu kita tak mampu. Bukan semua orang ada banyak wang bagi membayar untuk apa-apa saja. Mereka hanya merancang bajet yang sangat jimat terlebih dahulu. Jika mereka bayar satu dolar lagi pun, itu adalah satu item kurang dalam hidangan mereka di negara asing yang mampu dibeli. Kerajaan ada segalanya yang dibuat dengan baik, jadi mereka tak pedulikan orang yang bekerja keras sekali untuk kerajaan wujud dan terus beroperasi. Mereka asyik minta wang drpd mereka untuk ini, untuk itu dan segala-galanya, atau meskipun kita ada rumah dan mungkin rumah kita terlalu besar, mungkin kerajaan ingin mengambilnya, kemudian kita perlu pergi ke tempat lain, sewa rumah, sewa pangsapuri kecil atau apa-apa saja. Bagi sesetengah orang, rumah mereka ialah sentimen mereka, kenangan mrk tentang segalanya yg baik, kadangkala dari waktu nenek, datuk, moyang hingga ke hari ini. Mereka takkan tahu bagaimana melakukan segala kerja menulis ini untuk mengekalkannya.

Segala jenis sistem digital ini akan mengelirukan orang tua. Mereka bekerja sepanjang hidup untuk memastikan masyarakat berada dlm keadaan baik, memastikan kerajaan dibayar, kemudian apabila dah tua sekrg, mereka perlu risau tentang jenis birokrasi digital yang sepanjang hidup mereka, mungkin mereka tak tahu. Saya beritahu anda hal sebenar. Saya juga tak tahu banyak tentang urusan digital ini. Saya hanya gunakan komputer yang sudah diatur oleh anggota pasukan saya lama dahulu, dah banyak tahun, jadi saya teruskan dengan itu. Jika anda minta saya membuat mungkin kod rahsia (kata laluan) baharu yang kita masukkan ke dalam komputer untuk bukanya, saya takkan tahu bagaimana. Segala-galanya, jika ia sudah muncul di skrin seperti YouTube atau apa-apa, saya takkan tahu bagaimana carinya. Jika saya lihat satu rencana di internet dan jika, contohnya, tenaga elektrik habis dan rencana itu hilang, saya takkan tahu bagaimana carinya.

Saya memang seorang wanita yang tak berdaya di dunia liar ini. Saya tak pernah mempelajari semua ini sebelumnya kerana sebelumnya saya sentiasa ada setiausaha untuk melakukannya dan keadaan tidak begitu rumit seperti sekarang. Jika saya nak pergi ke sesuatu tempat, saya hanya pergi ke lapangan terbang secara senyap dan beli tiket di sana juga, misalnya macam itu. Jika saya nak beli rumah, saya beli saja. Bank dan agensi akan uruskan semua itu. Tetapi begitu pun, saya tersesat banyak kali.

Photo Caption: “Tidak Semuanya Kelihatan Sama tapi di Hutan, Semuanya Baik-baik Saja”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (8/9)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-11
58 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-11
2438 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-10
6948 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2026-11-10
629 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-10
842 Tontonan
Filem Pendek
2026-11-10
641 Tontonan
Filem Pendek
2026-11-10
487 Tontonan
Filem Pendek
2026-11-10
575 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun