Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Interviewer, Sheree: Masa kita dah hampir tamat. Jika Guru boleh berikan mungkin sepatah dua kata bijak. Saya tahu bahawa banyak orang mungkin tak benar-benar faham apa yang kita katakan sejak beberapa minit lalu dan orang lain tahu sangat (Betul.) ke mana kita tujui. Tinggalkanlah kepada kami sesuatu jenis fikiran yg memberi ilham, boleh? Mungkin sejauh kedua-dua jenis orang ini – (Faham.) mereka yang berada di jalan dan mereka yang kata, “Jalan apa?”Master: Tiada jalan kerana anda sudah pun seperti Tuhan, cuma anda terlupa anda ialah apa kerana anda terlalu sibuk dengan wang, kedudukan, kemasyhuran, segala jenis ilusi. Tetapi apabila anda bersenyap dan melihat ke dalam diri anda – dan apabila anda boleh melepaskan semua ini untuk beberapa ketika, bukan meninggalkannya – anda boleh mengejarnya pada masa yang sama tetapi anda mesti tahu bahawa bukan ini saja dalam hidup, dan melihat ke dalam diri anda, tutup mata, berdoa dengan khusyuk, memikirkan Tuhan atau sesiapa saja yang anda percayai, atau percaya kepada Diri agung anda dan gunakan waktu senyap untuk memikirkan itu. Maka anda akan menjadi semakin jelas setiap hari. Kemudian anda akan mengetahui banyak perkara yang tak perlu saya jelaskan kepada anda – cara yang paling pantas, paling baik dan paling mudah. Kemudian jika anda ingin tahu secara lebih mendalam dan jika anda tak begitu pasti, anda boleh pergi cari Guru yang anda percayai dan melanjutkannya. (Sangat bagus.) Atau datang kepada Mahaguru Ching Hai, mungkin.Interviewer, Sheree: Pasti. Masa kita dah tamat, malangnya. Mahaguru Ching Hai ialah tetamu saya. Guru berada di Houston baru-baru ini. Hubungilah kami lain kali Guru berada di bandar dan kita boleh lakukan ini sekali lagi.Master: Baiklah, kami akan adakan khutbah pada kali yang lain. (Terima kasih.) Terima kasih banyak-banyak. (Terima kasih.)Q: Beliau juga ada majalah yang diedarkan ke seluruh dunia. Beliau akan berikan peluang untuk duduk di sisi dan tanya Beliau soalan. Beliau akan berada di sini utk seketika, jika kamu berminat. Beliau juga akan beri inisiasi petang esok, jika kamu berminat. […]Dalam separuh kedua, kami persembahkan bahagian pembukaan temu ramah yang bererti tentang makrifat dengan Mahaguru Ching Hai (vegan) yang diadakan oleh Elma Barrera daripada Stesen TV ABC13 Houston. Apabila bertemu dengan Guru, Elma menzahirkan keinginan ikhlas untuk menerima inisiasi.Interviewer, Elma: Tapi saya ada dengar tentang Guru. Saya baca salah satu khutbah (Betul.) yang Guru berikan. Ia sangat baik. Di sini, lepas dua hari, mereka kata, Guru akan menerima temu ramah ini.Master: Jadi itu bagus. (Macam tak percaya, kan?) Ya. Itu pengaturan-Nya. Pengaturan Yogananda. (Baiklah, mari.)(Ada laporan akhbar tentang Guru, nyatakan bahawa Guru menawarkan Makrifat spiritual.) Betul. (Beritahulah saya, pertama sekali, apa itu ‘Makrifat spiritual’ dan bagaimana kita boleh mendapatnya.) Betul. Makrifat adalah apabila kamu mengenali diri sendiri, contohnya apabila kamu kenali Tuhan. Orang hanya bercakap tentang Tuhan tetapi tak tahu apa itu. Jadi tugas kami adalah tunjukkan Tuhan kepada mereka dengan serta-merta. Tuhan boleh berada dlm sebarang bentuk tetapi yang paling berkekalan ialah Cahaya (Syurga dalaman), sinaran, Cahaya (Syurga dalaman) yang bangkitkan kesedaran, Cahaya (Syurga dalaman) yang lebih terang daripada Matahari, daripada cahaya matahari, dan juga segala jenis Melodi (Syurga dalaman) merdu yang mengajar kamu tanpa bahasa. Okey? Jadi apabila kamu mendapat dua ini, maka kamu telah bermakrifat.Interviewer, Elma: Apabila orang mula mencari Makrifat, apakah sebenarnya yang mereka cari? Ke mana mereka pergi, adakah seseorang terlibat secara fizikal? Kerana hari ini, ada berjuta-juta buah gereja di Amerika Syarikat (Dan tokong.) dan mereka adanya di seluruh dunia. (Ya.) Jadi semua orang yg percaya kpd Tuhan, pergi ke gereja atau tidak pergi ke gereja, memikirkan Tuhan. (Ya.) Apakah langkah yang bawa kita melangkaui “Mari kita pergi ke gereja pada Ahad. Pada malam Sabtu, saya akan bersama isteri saya. (Betul.) Kemudian pada pagi Ahad, saya akan pergi ke gereja.” (Betul.) Di manakah pemisahnya? Maksud saya, bagaimana orang ambil langkah tambahan itu?Master: Okey. Boleh kita bercakap di peringkat individu? (Ya.) Kerana soalanmu boleh merupakan soalan banyak orang juga tetapi kita perlu ada sesuatu jenis bukti kukuh. Contohnya, kamu tahu akan Guru Yogananda. Okey. Jadi biar kita bincangkan dari sana supaya orang ada sesuatu jenis tempat berpijak yang kukuh untuk mulakan. Sekarang, apakah perbezaan antara Guru seperti Yogananda dan guru spiritual lain? Okey, apa yang ditawarkan-Nya? Kita juga boleh berkata, “Semua orang tahu akan Tuhan. Semua orang pergi ke gereja, pergi ke tokong, apa-apa saja seperti itu.” Dan banyak orang bercakap secara mirip dengan Yogananda. Tetapi apakah perbezaan antara Beliau dan orang lain? Beliau ada sesuatu yang bukan secara lisan, yang tak dapat kita beli dengan wang dan tak dapat kita jelaskan dalam bahasa. Beliau ada hubungan dengan Tuhan yang sudah ada di dalam diri kita. Beliau bukan sahaja dapat berhubung dgn Tuhan tetapi juga dapat berikan itu kpd kita. Saya buat kerja yang sama ini. Saya dapat berhubung dgn Tuhan dan dapat bantu orang berhubung dgn Tuhan.(Bagaimana Guru berhubung dengan Tuhan?) Bagaimana? Ini bukan... (Kita tidak berikannya, dah tentu. Jadi beritahulah saya bagaimana...) “Bagaimana kamu berhubung dengan Tuhan?”Interviewer, Elma: Ya . Dan bolehkah orang biasa yang benar-benar cintai Tuhan tetapi tak pernah bertemu dengan Guru, (Betul.) tak pernah baca bahan bacaan Guru, (Ya.) bolehkah orang itu capai,hubungi Tuhan?Master: Ya, dia dapat juga tetapi sangat jarang. Sebab pertama, kerana barangkali dia juga terlalu sibuk dengan banyak hal kehidupan duniawi. Kemudian meskipun dia cintai Tuhan, namun dia dah lupa bagaimana bertumpu pada itu. Jadi dia terlepas perkara penting. Jadi jika dia ada seorang Guru, itu lebih baik untuk dia kerana Guru itu akan berkata, “Ya, memandangkan kamu dah begitu cintai Tuhan, ini apa yang perlu kamu buat – lepaskan ini, itu, kemudian bertumpu pada ini, maka kamu akan kenali Tuhan dengan lebih cepat.” Jadi itu tugas seorang Guru.(Tetapi bahan bacaan yang saya baca daripada Guru-guru terutama Yogananda berkata bahawa kita tidak perlu meninggalkan harta benda material untuk...) Tidak, kamu tak perlu. Kamu tak perlu meninggalkannya. Hanya lupakannya untuk seketika. Contohnya, ada masa untuk harta benda material dan kerja, dan ada masa untuk Tuhan. Jika tidak, kamu hanya membuang masa saja. Semasa kamu tidak mengejar harta benda material pun, kamu membuang masa juga – kamu tak tahu bagaimana berhubung dengan Tuhan. Tetapi jika adanya Guru, Dia tahu. Dia berkata, “Sekarang dah tiba masanya Sekrg kamu telah siapkan semua kerja. Semua anakmu dah tidur. Sekarang kamu duduk, berfikir dan melakukan ini, kemudian kamu akan nampak Tuhan.” Contohnya.(Jadi tamadun Barat memang baik sekali tetapi kita tak begitu banyak bermeditasi.) Betul. (Ini sesuatu yang dilakukan di Timur.) Betul. Faham. (Sekarang ia datang ke negara ini dan nampak hasilnya. Beberapa orang penulis Amerika telah mula menulis tentangnya.) Ya. (Tetapi sekarang ia dah datang. Beritahulah saya tentang meditasi dan mengapa sesetengah orang begitu tertarik olehnya. Meditasi ada apa, orang harus beri perhatian kepadanya?)Okey. Sebenarnya kita bermeditasi sepanjang masa – sama ada Timur atau Barat. Tetapi kita bermeditasi pada benda yang tidak betul. Contohnya, kita bermeditasi pada wang, masalah, sebarang benda yang lain. Kita beri perhatian. Apabila kita beri perhatian kepada sesuatu dengan mendalam, itu waktu kita bermeditasi – sama ada pada Tuhan atau masalah kewangan.Jadi sekrg apa yang perlu dibuat adalah: daripada sentiasa beri perhatian kepada benda material, kadangkala kita perlu ambil sebahagian daripada perhatian itu, beralih ke dalam dan cari keagungan kita di mana kita dapat menyelesaikan segala masalah di luar ini, kerana kita sentiasa memberi perhatian kepada masalah dan terlupa memberi perhatian kepada penyelesaiannya. Itu ada di dalam – Makrifat akan memberi kita segala penyelesaian kepada segala masalah yang sekarang kita tafakurkan. Jadi mereka hanya alihkan perhatian, itu saja.(Makrifat adalah mengenali Tuhan?) Ya, mengenali Tuhan.(Apakah definisi Guru bagi Makrifat?) Sebenarnya bukan senang nak bercakap tentang Makrifat dalam bahasa kita tetapi itu cuma kamu kenali diri sendiri. Apabila kamu ada Cahaya (Syurga dalaman) – ‘Enlightenment’ menandakan ‘Light (Cahaya)’. Nampak tak? Jadi apabila Cahaya (Syurga dalaman) memancar di dalam dirimu, pada masa itu, sekurang-kurangnya kamu boleh berkata bahawa kamu bermakrifat. Kemudian kamu perlu terus mengembangkan Makrifat itu, buatnya jadi lebih besar sehingga kamu mengetahui Makrifat sepenuh dan menjadi seperti Guru atau kamu bersatu dengan Tuhan.Photo Caption: Bumi Boleh Menjadi Firdaus jika Manusia Menjaganya dengan Baik