Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dengan afiniti yang dalam dengan Amerika Syarikat, Mahaguru Ching Hai (vegan) telah melawat negara ini banyak kali, memberi kebijaksanaan, harapan dan bantuan kemanusiaan pada waktu memerlukannya. Pada November 1993, berikutan sokongan-Nya kepada mangsa kebakaran Los Angeles, Guru telah diundang ke pelbagai perhimpunan dan temu ramah media di seluruh Amerika Syarikat. Siri ini mempersembahkan sorotan penting daripada aktiviti yang bererti itu, terutama tertumpu di Houston, Texas. Sebelum terbang ke Texas, Mahaguru Ching Hai (vegan) telah diundang untuk menghadiri Upacara Memperingati Veteran Hari Veteran di Riverside, California di mana Beliau berikan ucapan ikhlas yang menzahirkan rasa terima kasih kepada veteran yang berkorban untuk melindungi orang lemah dan mendukung kebebasan. Beliau juga janjikan derma peribadi sebanyak AS$200,000 untuk menyokong veteran dan keluarga mereka sementara berdoa untuk masa depan yang aman di mana kewiraan sebegini wujud untuk membina semula dunia kita.