Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Jalan ke Arah Keamanan di Ukraine (Ureign) dan Dunia, Bahagian 6 daripada 13

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadilah orang agung. Jadilah lebih agung drpd presiden agung. Jadilah wira bagi semua makhluk, bukan hanya bagi rakyat anda, bukan hanya bagi orang lain di dunia tetapi bagi spesies lain juga, bagi orang-haiwan juga dan bagi hutan juga. Lindungi warga dunia, lindungi penduduk-haiwan, lindungi penduduk-hutan yang hanya berikan kebaikan kepada kita. Tanpa orang-haiwan, dunia ini akan menjadi macam mana? Tanpa hutan, tanpa lautan, dunia ini akan menjadi macam mana? Tetapi kita merosakkan lautan dengan membunuh warganya, membunuh warga alam air. Kita juga merosakkan hutan dengan membunuh pokok yang berikan oksigen kpd kita utk hidup. Tanpa oksigen, kita tak dapat hidup.

Tanpa hutan, pokok, kita akan susah bernafas dan mungkin mati. Tanpa lautan yang berikan 50% daripada oksigen kepada dunia kita, kita juga akan kekurangan udara dan mati, kita semua. Jadi tolong berdamai, dan juga berdamai dengan peraturan vegan untuk diikut oleh warga dunia. Anda dapat lakukannya. Anda berada di kedudukan yang kuat. Anda ialah pemimpin negara. Apa yang anda katakan, orang akan dengar jika anda bercakap dengan ghairah, dengan minat sebenar untuk melindungi nyawa mereka dan keluarga mereka, anak mereka serta melindungi dunia daripada lenyap. Jika orang tidak mengubah cara hidup mereka, akan ada lebih banyak bencana daripada yang anda saksikan setakat ini, dan lebih banyak pandemik daripada yang telah anda alami dengan COVID-19.

Percayalah, saya tiada untung dengan memberitahu anda semua ini, mungkin hanya lebih banyak bahaya. Saya perlu tinggal di hutan sekarang, juga kerana saya perlu melindungi keselamatan diri kerana perkara yang saya katakan, perkara yang saya buat adalah dengan minat besar untuk membantu orang lain, orang-haiwan tak berdosa yang kesian, hutan dan lautan tetapi tidak membawa apa-apa yang baik kepada saya kecuali risiko kepada nyawa saya drpd orang fanatik, malah kononnya penganut agama yang fanatik serta pemimpin dan organisasi agama yang berkuasa. Jadi saya tak mendapat apa-apa pun daripada memberitahu anda, pemimpin agung dunia, semua ini. Tolonglah, tolong bantu. Bantu melindungi planet ini. Bantu melindungi rakyat anda. Bantu melindungi orang-haiwan yang tak berdosa, tak memudaratkan. Bantu melindungi hutan. Semua ini menyelamatkan planet ini, nyawa anda, nyawa ahli keluarga anda, nyawa anak anda.

Lautan, orang-haiwan, hutan, pokok ialah penyumbang kepada kita. Lautan, hutan, orang-haiwan: semua ini ialah alam yang cantik di sebelah alam kita, amat banyak membantu kita. Tanpa tenaga kasih sayang mereka, barangkali kita dah tiada. Barangkali planet ini telah binasa atau sekurang-kurangnya semua manusia sudah mati. Tanpa lautan, orang-ikan, anda tiada sebarang oksigen. Anda tiada sebarang agen untuk menyerap semua CO2, malah metana. Tanpa lautan, tanpa hutan, kita akan mati dengan serta-merta, seolah-olah beribu-ribu bom atom digugurkan di dunia kita.

Jadi tolong fikirkan semua ini, tiada kemegahan diri, bukan hanya untuk kepentingan satu negara saja. Lakukan semua ini demi dunia. Anda hidup di dunia ini juga, bukan hanya untuk orang lain saja. Terima kasih banyak-banyak jika anda dengar kata-kata saya. Saya minta Tuhan supaya lindungi anda, negara anda dan kebaikan peribadi anda – orang tersayang anda, kepentingan anda. Semoga segalanya baik utk anda semua, para pemimpin dunia terutama Presiden Amerika Trump dan Presiden Zelenskyy negara Ureign (Ukraine).

Sekarang untuk Presiden Putin: tolong BERDAMAI. Jika tidak, anda akan PERGI KE NERAKA dan tak berpeluang untuk keluar lagi. Saya maksudkannya! (Anda tahu saya tidak berbohong!) Di beberapa neraka, anda akan menahan penderitaan yang amat besar – hampir mati tetapi tak dapat mati, dibakar hidup-hidup tanpa berhenti, termasuk neraka perang di mana anda akan dikejar, ditikam, ditembak, contohnya, tanpa berhenti, tiada sebarang cara untuk melepaskan diri, untuk satu saat pun!!!! Bagi Putin, berubah, berpatah balik, menjadi pemimpin yang damai,

dan anda semua, semua pemimpin di dunia, menyokong keamanan dengan sebarang cara yang boleh. Amin. Mungkin saya terlepas beberapa perkara dalam kata-kata saya kerana ada terlalu banyak untuk disebut. Saya tak nak membosankan anda juga. Tetapi jika ia penting dan saya teringat semula, saya akan beritahu anda lain kali.

Presiden Zelenskyy, Yang Terhormat, dengan segala hormat kepada para pemimpin Eropah, anda dan negara anda, saya perlu katakan itu sekali lagi. Jangan hanya bergantung kepada sekutu Eropah untuk menyokong anda kerana mereka akan kehausan juga suatu hari nanti. Mereka juga tiada... Saya dah kata, mereka tiada keghairahan sebegini untuk bertempur kerana dah lama mereka menjadi biasa dengan keamanan sekarang. Negara mereka adalah baik. Mereka ada sokongan kewangan dan makanan yang mencukupi dan segalanya untuk diri sendiri. Tetapi jika mereka perlu terlibat dalam peperangan, semua itu akan berakhir secara beransur-ansur atau malah secara tiba-tiba. Membuat senjata pun, itu tak dapat selama-lamanya, kekurangan bahan ialah satu perkara, dan tenaga manusia juga??

Mereka tak sampai hati nak melibatkan diri dalam peperangan. Anda dah dapat lihatnya pada permulaannya lagi. Tidakkah anda rasa lawak dengan Rusia sudah menempatkan 200,000 orang askar di sempadan anda? Amerika pun telah beri amaran kpd anda pada saat-saat akhir bahawa Putin akan lancarkan peperangan di negara anda dalam masa 24 jam tetapi tiada sesiapa yang buat apa-apa, termasuk orang anda sendiri. Anda tidak bawa askar ke sempadan untuk menghalang mereka daripada masuk. Itu kelihatan macam kejutkan bagi semua orang tetapi kejutan itu berterusan selama dua bulan? Itu dah keterlaluan. Saya tak tahu anda di mana. Di manakah orang anda? Di mana askar anda?

Mereka dah menduduki Crimea, bukanlah mereka tidak buat apa-apa pun. Mereka sudah menduduki Donetsk, contohnya, dan berdiri di sebelah sempadan anda, sebanyak 200,000 orang dengan kelengkapan dan segalanya tetapi negara anda, pemimpin anda, tentera anda tidak buat apa-apa pun untuk halangnya. Sekurang-kurangnya anda tunjukkannya. Mungkin anda tak dapat menang kerana lemah atau sesuatu tapi sekurang-kurangnya anda tunjukkan bahawa anda tidak mahukannya, bahawa anda sedia untuk bertempur. Tidak, tiada sesiapa pun di sempadan!

Di Pulau Ular pun, mungkin hanya sebilangan kecil askar di sana, ditinggalkan sendirian di sana. Tetapi ini ialah titik sempadan juga, titik strategik. Anda tidak buat apa-apa pun. Anda tinggalkan mrk sendirian di sana, jadi orang Rusia datang dan tangkap mereka semua walaupun mereka ada semangat yang begitu mengagumkan. Mereka tidak meminta orang Rusia atau apa-apa pun. Mereka malah menyumpah untuk membalas orang Rusia yang suruh mereka supaya menyerah kalah. Mereka tidak menyerah kalah. Mereka malah membalas dengan segala keberanian dan maruah.

Pulau Ular, saya kapal perang Rusia. Saya cadangkan agar anda letak senjata dan menyerah kalah. Jika tidak, anda akan diserang. Adakah anda dengar dengan jelas?

Sekarang masanya. Haruskah saya suruh dia pergi F*** sendiri?

Kalau-kalau dia tak tahu.

Kapal perang Rusia, pergi F*** sendiri.

Tiada sesiapa pun di sana utk bantu mrk. Hanya sebilangan kecil askar di sebuah pulau kecil terpencil yang sangat penting kepada keselamatan Ukraine (Ureign). Atau mungkin saya tak tahu banyak. Beritahulah saya. Anda tulis kpd saya, beritahu saya bahawa saya dah silap. Saya tak tahu banyak tentang negara anda. Saya perlu melihat peta dan katakan segalanya dari sudut pandangan strategik. Itu satu perkara. Itu perkara pertama.

Perkara kedua, apabila kereta kebal Rusia sudah berada di tanah anda, di lebuh raya, sudah beratur sepanjang berbatu-batu, tersangkut di sana kerana salah sebuah kereta kebal di depan rosak, alami masalah dan tak dapat diteruskan, jadi seluruh barisan kereta kebal terhenti bersama di lebuh raya, terbuka untuk semua orang lihat, seorang wartawan di sesuatu tempat mengambil gambar dan video itu tetapi apa yang anda buat? Tiada apa-apa pun. Anda boleh buat sesuatu di sana apabila ia tersangkut dalam jenis kedudukan tak dapat bergerak. Bukankah lebih senang utk hapuskannya sekurang-kurangnya berjuang atau buat sesuatu? Tidak, tiada apa-apa pun! Mereka hanya berdiri di sana.

Kemudiannya seseorang melaporkan mungkin ada pemandu kereta kebal Rusia di depan yang tak nak berperang, tak nak pergi lebih jauh lagi, jadi buat kereta kebal mereka rosak, buat kereta kebal mereka tak bergerak lagi. Saya rasa itu betul. Kerana bukan semua orang Rusia sampai hati untuk membunuh. Orang Rusia ialah manusia, sama seperti anda, seperti rakyat negara anda. Mereka hanya didorong, dipaksa untuk bertempur. Jika tidak, mereka akan mati dan keluarga mereka akan dihukum juga. Sebab itulah barangkali mereka fikirkan cara utk hentikan peperangan.

Photo Caption: Bagaimana yang Begitu Lembut Hidup di Dunia yang Kasar Ini!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (6/13)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-26
6184 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-27
5582 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-28
4711 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-29
4602 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-30
4769 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-31
4666 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-01
4573 Tontonan
8
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-02
4521 Tontonan
9
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-03
4824 Tontonan
10
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-04
4747 Tontonan
11
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-05
4669 Tontonan
12
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-06
4599 Tontonan
13
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-07
4716 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-10
1450 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-10
5802 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2026-11-10
490 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-10
631 Tontonan
Filem Pendek
2026-11-10
390 Tontonan
Filem Pendek
2026-11-10
319 Tontonan
Filem Pendek
2026-11-10
336 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-09
2 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun