Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sudah tiba masanya kejadian tertentu mesti berlaku. Selepas kegelapan dan keganasan selama beberapa ribu tahun di planet Bumi, kononnya ‘tamadun’ muncul dan teknologi pasti dibangunkan – pembangunan yang dipercepat dalam tempoh 150 tahun lalu. Sudah 14,500 tahun sejak tahap kemajuan teknologi yang sebanding wujud di Bumi. Teknologi yang tiada apa-apa yang hebat berbanding dengan pengetahuan sebenar ini, namun, cukup maju untuk menjadi berbahaya kepada bangsa manusia di Bumi pada masa depan terdekat.
Pada 1987, penjelajah Perancis, En. Michel Desmarquet, telah dijemput untuk menaiki UFO dan pergi ke planet Thiaoouba bagi lawatan selama 10 hari. Selepas pulang ke rumah, beliau merekodkan perjalanan antara bintang ini dalam bukunya ‘Ramalan Thiaoouba: Planet Keemasan’. Menurut pemeriannya, Thiaoouba mempunyai tamadun damai yang maju, dengan alam sekitar asli, teknologi superior dan pencapaian spiritual yang tinggi.Michel mengagumi rumah di planet itu yang dipanggil ‘doko’ yang berbeza sepenuhnya dengan rumah di Bumi.“Nampaknya setiap bangunan di planet ini berbentuk telur, selalunya secara mendatar pada ‘sisi’ tetapi kadangkala tegak, seperti yang telah saya katakan, dengan hujung yang menirus ke atas. ‘Kulitnya’ berwarna putih pudar dan tiada tingkap atau pintu. […]Tiada pintu atau tingkap pada bangunan ini sudah pun luar biasa, tetapi setelah berada di dalamnya, lebih ganjil lagi. Seperti yang telah saya kata sebelumnya, tanggapan keseluruhannya adalah macam masih berada di luar. Kecantikan warnanya yang mengejutkan ada di mana-mana saja. Tumbuhan hijau, dahan pokok yang bahagikan langit biru dan merah senduduk di atas, rama-rama, bunga... Saya masih ingat seekor burung yg datang hinggap di tengah-tengah bumbung, jadi kami dapat lihat bahagian bawah kakinya, seolah-olah ia berhenti di udara dengan ajaibnya – kesannya agak luar biasa.”Apa yang lagi luar biasa adalah walaupun ‘dokos’ berdinding lut sinar, tiada sesiapa yang dapat lihat ke dalam dari luar, dan tetap membolehkan penghuni bebas melaluinya.Michel berpeluang untuk mencuba alat terbang yang digunakan oleh semua orang di Thiaoouba. Peranti itu terdiri daripada Tara dan Litiolac. Beliau nyatakan, “Tara ialah alat yang dipakai seperti tali pinggang apabila kita ingin terbang.” “Litiolac berfungsi bersama dengan Tara untuk terbang tetapi dipegang dalam tangan.” Peranti mudah ini membolehkan mereka bergerak pada kelajuan purata 300 kilometer sejam dan di apa-apa saja ketinggian yg mereka pilih.Michel dipimpin oleh mentornya ‘Thao’ untuk bertemu dan menerima pengetahuan daripada tujuh Orang Tua-tua di Thiaoouba yang pancarkan Cahaya yang terang. Pemimpinnya berkata kepada beliau tentang tujuan perjalanannya.“Seperti yang telah dijelaskan oleh Thao kepada kamu, Michel, kamu telah kami pilih untuk melawat planet kami bagi melaporkan mesej tertentu dan berikan makrifat tentang beberapa isu penting apabila kamu pulang ke Bumi.” Sudah tiba masanya kejadian tertentu mesti berlaku. Selepas kegelapan dan keganasan selama beberapa ribu tahun di planet Bumi, kononnya ‘tamadun’ muncul dan teknologi pasti dibangunkan – pembangunan yang dipercepat dalam tempoh 150 tahun lalu.Sudah 14,500 tahun sejak tahap kemajuan teknologi yang sebanding wujud di Bumi. Teknologi yang tiada apa-apa yang hebat berbanding dengan pengetahuan sebenar ini, namun, cukup maju untuk menjadi berbahaya kepada bangsa manusia di Bumi pada masa depan terdekat. Berbahaya kerana ia hanyalah pengetahuan material dan bukan pengetahuan spiritual. Teknologi seharusnya membantu perkembangan spiritual, bukan semakin banyak mengurung orang di dunia materialistik seperti yang berlaku di planetmu sekarang.Sampai tahap yang lagi tinggi, orangmu terlalu memikirkan satu matlamat – kemewahan. Hidup mereka berkaitan dengan segalanya yang diakibatkan oleh pengejaran kekayaan. Rasa cemburu, rasa benci akan mereka yang lebih kaya dan pandang rendah terhadap orang yang lebih miskin. Dengan kata lain, teknologimu yang tiada apa-apa yang hebat berbanding dengan apa yang wujud di Bumi lebih 14,500 tahun dahulu, mengheret tamadunmu ke bawah dan menolaknya semakin dekat dengan malapetaka moral dan spiritual.”Sesungguhnya, teknologi moden kita telah maju dengan pesat dalam tempoh beberapa dekad lalu sejak 1987 sewaktu Michel diberi mesej ini. Sementara teknologi ini membuat kehidupan jadi lebih mudah, ia juga boleh dieksploitasi untuk meningkatkan pengawasan, melaksanakan kawalan, malah memudahkan jenayah.Sama seperti yang diingatkan oleh Orang Tua-tua planet Thiaoouba, dengan pembangunan teknologi terutama aplikasi internet, telefon pintar dan media sosial, kita mendapati diri kita semakin terkekang. Kata-kata dan tingkah laku kita dapat dijejaki, dipantau, dikaji, malah dimanipulasikan dengan senangnya untuk maksimumkan keuntungan, kuasa atau pengaruh bagi pihak berkepentingan yg selalunya bersembunyi di sebalik tabir.Pernah kamu hantar mesej langsung di Facebook atau Instagram? (Ya.) Bagaimana dengan memuat naik foto bersama kawan atau ahli keluarga? (Ya.) Pernah kamu tinjau cuaca tempatan dengan aplikasi cuaca sebelum keluar? (Ya.) Bagaimana jika saya beritahu kamu bahawa perbuatan yang kelihatan macam tidak memudaratkan itu suatu hari nanti boleh digunakan untuk menentang kamu, bukan oleh penggodam tetapi secara sah oleh kerajaan kamu sendiri. […]Dalam 15 tahun sebagai pembela awam, saya lihat perlindungan perlembagaan semakin terhakis dengan setiap kemajuan teknologi. Tetapi Pindaan Keempat kita tidak ditulis dgn dakwat yg menghilang. Ia tak seharusnya hilang, tak harus hilang juga perlindungan kita daripada pemeriksaan dan penyitaan yg tidak munasabah pada era digital ini.Saya mahu algoritmanya dijelaskan. Apakah yang semua syarikat yang mengendalikan platform sosial ini, sama ada Google, YouTube, Meta dengan Facebook, apa yang mereka semua mahukan? Mereka mahu orang habiskan lebih banyak masa pd perkhidmatan mrk daripada tempat lain, jadi perhatian ialah metrik utama, tidak kira sama ada perhatian baik, perhatian buruk. Mereka tak pedulikan sentimen. Mereka tak peduli sama ada anda seronok di media sosial dan lihat kandungan yang baik atau kandungan yang buruk asalkan anda lihat kandungannya dan habiskan lebih banyak masa.Jadi jika Joe katakan sesuatu yang menyinggung perasaan dan saya dapati ia menyinggung perasaan, saya terlibat dalamnya dengan membalas atau mengalihkannya sebagai contoh kandungan yang menyinggung perasaan, algoritmanya nyatakan, “Suka akan ini!”Suka akan ini!Polis telah menumpaskan sebuah geng jenayah siber antarabangsa yang berpusat di UK yang menawarkan perkhidmatan kepada penjenayah yang membolehkan mereka mencuri daripada mangsa dengan gunakan mesej teks palsu, dengan 37 orang di seluruh dunia kini telah ditangkap; 24 daripadanya di Britain. Dianggarkan 70,000 orang telah menjadi mangsa penipuan. Mereka masukkan butiran peribadi ke dalam tapak sesawang yang dikendalikan oleh Lab Host.Mangsa dalam kes ini kebanyakannya berusia antara kira-kira 25 dan 45 tahun. (Agak muda – warga natif digital.) Itu orang yang jalani kehidupan dalam talian, mungkin buat urusan perbankan, membeli-belah dalam talian. Mereka lebih berkemungkinan menjadi mangsa kepada ini disebabkan penggunaan internet yang begitu meluas.Dalam tahun-tahun belakangan ini apabila lebih banyak orang mula gunakan chatbot AI sebagai alat, menjadi semakin sukar untuk bezakan antara maklumat benar dan maklumat palsu.Ahli sains kognitif dan penyelidik AI, Gary Marcus berkata bahawa sistem ini sering mereka-reka perkara. Dalam perbualan AI, itu dipanggil menghalusinasikan. Itu timbulkan ketakutan terhadap propaganda dihasilkan AI yang meluas, kempen rekaan politik yang mudah meledak, gelombang sejarah alternatif. Kita telah lihat bagaimana ChatGPT boleh digunakan untuk sebarkan bohong.Mungkin anda tak pernah dengar istilah media sintetik yang lebih dikenali sebagai perkara palsu yang dalam tetapi agensi ketenteraan, penguatkuasaan undang-undang dan perisikan pasti pernah. Ia merupakan rakaman video dan audio hiper-realistik yang gunakan kecerdasan buatan dan pembelajaran mendalam untuk cipta kandungan palsu atau perkara palsu yang dalam. Kerajaan Amerika telah menjadi semakin bimbang tentang potensinya digunakan untuk menyebarkan maklumat palsu dan melakukan jenayah. Ini kerana pencipta perkara palsu yang dalam berkuasa untuk buat orang katakan atau buat apa-apa saja, sekurang-kurangnya di skrin kita. Kebanyakan orang Amerika tak tahu sejauh mana teknologi telah berkembang dalam tempoh empat tahun lalu saja atau bahaya, gangguan dan peluang yang dibawanya. DAN LAIN-LAIN…Tanpa perkembangan dan kesedaran spiritual yang matang untuk membimbing dan mengimbangi perkembangan material, Orang Tua-tua Thiaoouba beri amaran kepada kita bahawa teknologi kita mengheret tamadun kita ke bawah “dan menolaknya semakin dekat dengan malapetaka moral dan spiritual.” Bagaimana kita berpatah balik dan menaik semula? Ini memerlukan kita semua menjadi sedar akan cara kita menjalani kehidupan, pilihan yang kita buat, maklumat yang kita peroleh, makanan yang kita makan serta akibat fikiran, pertuturan dan perbuatan kita. Ini mungkin kedengaran rumit tetapi semuanya berpokok pada mendukung satu prinsip sejagat menurut Orang Tua-tua Thiaoouba.“Penyelesaiannya bergantung kepada kasih sayang – bukan wang. Ia memerlukan orang melangkaui kebencian, rasa geram, rasa cemburu dan iri hati, dan setiap orang, sama ada tukang sapu jalanan atau pemimpin masyarakat, mendahulukan jiran daripada diri sendiri, menghulurkan tangan kepada sesiapa saja yang perlukannya. ‘Setiap orang memerlukan, dari segi fizikal dan mental, persahabatan jirannya – bukan sahaja di planet kamu tetapi di semua planet juga.”Kasih Sayang ialah satu-satunya penyelesaian! Jika kita menjajarkan semua kata-kata dan perbuatan kita dengan prinsip Kasih Sayang, kita dapat harungi situasi bergolak dan menemui jalan kembali ke jalan betul yang menuju kepada Tuhan. Ini juga penyelesaian yang Mahaguru Ching Hai Tersayang (vegan) kita ingatkan kita selama berdekad-dekad.Apabila kita dapat kembangkan kasih sayang ini kepada semua makhluk yang lain di Alam Semesta, termasuk orang-haiwan yang merupakan penghuni bersama kita, kita sendiri berkembang dan menjadi lebih agung dari segi rohani. Hubungan yang damai dengan orang-haiwan, tiada pembunuhan lagi, akan menarik limpahan berkat Tuhan kepada kita. Dengan seluruh dunia kembangkan belas kasihan sebegini kepada orang-haiwan, atmosfera planet kita, dah tentu, akan menjadi stabil, malah berubah menjadi lebih seperti Syurga, penuh dengan perasaan damai dan kasih sayang.Kasih sayang bukanlah perkataan yang kita sebut saja, kasih sayang mesti menjadi perasaan kita di dalam dan perbuatan di luar. Sayangi orang-haiwan, kita menjadi vegan. Sayangi Bumi, kita memelihara alam. Sayangi dunia, menyelamatkan planet ini. [...]Saya perlukan orang menunjukkan kasih sayang, hanya 1% lebih banyak kasih sayang terhadap dunia ini, anak kalian, semua spesies, cukup supaya kita akan melepaskan selera kita terhadap daging orang-haiwan dan produk yang tidak berbelas kasihan. Kita perlu menunjukkan kasih sayang pada skala yang lebih besar, bukan hanya kasih sayang romantik terhadap ahli keluarga. Kita harus mengekalkan itu kerana setiap jenis kasih sayang adalah suci. Setiap jenis kasih sayang akan mengeluarkan tenaga positif yang baik untuk melindungi kita, orang tersayang dan sesuatu di sekeliling kita. Jadi jika setiap drpd kita berikan lebih banyak kasih sayang ke dalam persekitaran, kembangkannya, lebih banyak sikit daripada keluarga dan cukup kasih sayang itu, ia akan membentuk 100% kuasa kasih sayang yang diperlukan untuk mengatasi ancaman terbesar kepada hidup kita.Bak kata bidalan Perancis, ‘Les beaux esprits se rencontrent’ atau ‘Minda yang baik bertemu’, kedua-dua Guru Bermakrifat di planet Thiaoouba dan Mahaguru Ching Hai beritahu kita bahawa Kasih Sayang ialah penyelesaian kepada masalah umat manusia sekarang. Kita mesti bertindak sekarang apabila mendapat nasihat bijak Mereka sebelum sampai waktu tidak boleh pulih.Kita berterima kasih kepada Michel Desmarquet kerana berkongsi perjalanan yang luar biasa dengan populasi Bumi dan menyampaikan mesej penting dari Thiaoouba merentas galaksi.










